Isu Penyokong Futsal JDT & Keganasan Import Selangor Antara ‘Dijawab’ FAM

Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Selangor menjadi pasukan yang menerima denda terbaharu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas ia dikeluarkan secara rasmi sebentar tadi.

Untuk JDT, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah pun mengeluarkan keputusan terbaharu mengenai beberapa kes yang membabitkan pasukan tersebut sebelum ini menerusi satu mesyuarat kali ke-14 untuk penggal 2021-2025.

Kes pertama, JDT didenda sebanyak RM15,000 bersama amaran keras atas insiden hari perlawanan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023 membabitkan kelab tersebut menentang Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei 2023.

Tindakan ‘Bebal’ Yazan Al-Arab Bakal Undang Masalah Buat Selangor

Selain denda tersebut, hukuman lebih berat juga akan turut dikenakan jika kesalahan sama masih berulang pada masa akan datang.

“Melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan penyokong Johor Darul Ta’zim mengejek, melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan dan kemudiannya telah mengerumuni, mengejar dan menyerang penyokong pihak lawan sebelum sempat mereka menaiki bas semasa perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023, Johor Darul Ta’zim lwn Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei 2023.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata kenyataan tersebut menerusi laman FAM.

Selain itu, pasukan tersebut turut didenda sebanyak RM15,000 lagi atas kesalahan penyokong pasukan lawan, Kuala Lumpur City (KL City) yang dipukul individu tidak dikenali semasa Final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada 22 Julai lalu.

Seterusnya, bekas pemain import Selangor iaitu Yazan Al-Arab yang sebelum ini membuat keganasan kepada pengadil perlawanan turut mendapat perhatian FAM.

“Melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana telah meluru ke arah Pengadil Perlawanan sambil mengeluarkan kata-kata kepada Pengadil Perlawanan dan apabila Pengadil Perlawanan memusingkan badan untuk pergi, pemain ini telah menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada Pengadil Perlawanan (Pertuduhan 1) dan apabila setelah dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif telah menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah Pengadil Perlawanan (Pertuduhan 2) semasa perlawanan Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2023, Selangor FC lwn Terengganu FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 24 September 2023.

“Pemain ini digantung empat perlawanan bagi Pertuduhan 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang Aktiviti Bola Sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi Pertuduhan 2.

“Walau bagaimanapun Jawatankuasa ini telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 43 Kod Tatatertib FAM di mana jika terdapat beberapa hukuman yang boleh dikenakan akibat daripada pelanggaran yang berkait, Jawatankuasa ini boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran yang paling serius yang dilakukan sahaja dan, bergantung kepada keadaan, boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut.

“Justeru, hukuman yang dikenakan terhadap pemain ini bagi perlanggaran-perlanggaran di atas secara keseluruhannya adalah dihukum penggantungan seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang Aktiviti Bola Sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia.

“Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk kesalahan-kesalahan lain, Selangor turut didenda dengan turut membabitkan pegawai pasukan tersebut atas beberapa denda dikenakan.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN