Senarai Pemain Termahal Daripada Setiap Kelab Di EPL

Senarai nama pemain termahal daripada setiap kelab yang beraksi dalam saingan Premier League telah didedahkan, dan ia membuktikan liga bola sepak Inggeris itu memiliki ramai pemain berstatus bintang besar, selepas melihat nilai pasaran mereka.

Tidak dinafikan sejak dahulu lagi sememangnya sudah ramai bintang besar yang telah datang beraksi di pentas bola sepak Premier League.

Kelab-kelab di Premier League juga sering membeli pemain dengan harga yang sungguh luar biasa menakjubkan dan mereka juga kerap menjual pemain sendiri dengan nilai yang tinggi.

Pemain-pemain utama skuad England yang beraksi dalam saingan Premier League juga kebiasaannya memiliki tanda harga yang sungguh luar biasa dahsyat.

Transfermarkt dan Birmingham World, telah menyenaraikan senarai pemain-pemain termahal daripada setiap kelab yang beraksi dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Kajian tersebut dilakukan dalam usaha untuk mencari pemain termahal dari setiap kelab, dari kelab teratas hingga kelab terbawah dalam carta liga.

Menurut kajian tersebut, bintang Manchester City, Erling Haaland merupakan pemain termahal dalam saingan Premier League selepas bintang Norway itu dilaporkan bernilai £156.8 juta.

Bukan hanya dalam saingan Premier League, bahkan Haaland juga sebenarnya merupakan pemain termahal dalam dunia bola sepak hari ini.

Bintang Arsenal, Bukayo Saka merupakan pemain kedua yang ada dalam senarai ini dan beliau juga pemain terakhir yang nilai pasaran semasanya di atas 100 juta.

Pemain kebangsaan England itu dikatakan bernilai £104.6 juta dan nilai tersebut boleh meningkat lagi berdasarkan usia, jangka kontrak dan prestasi semasa bintang muda itu.

Pemain terbaru Chelsea, Moises Caicedo pula dikatakan bernilai £78.4 juta dan beliau kini merupakan pemain ketiga termahal yang ada dalam saingan Premier League.

Bruno Guimaraes berada di kedudukan ketiga dengan nilai pasaran semasa beliau pada ketika ini adalah £74.1 juta.

Luis Diaz dan Marcus Rashford pula berada di kedudukan kelima dan keenam dalam senarai ini dengan masing-masing dilaporkan memiliki nilai pasaran bernilai £65.4 juta.

Bintang sensasi Tottenham Hotspur, James Maddison bersama Lucas Pacqueta, Evan Ferguson dan Moussa Diaby melengkapkan senarai 10 pemain termahal dari setiap kelab dalam saingan Premier League.

Joao Palhinha, Amadou Onana, Eberechi Eze, Morgan Gibbs-White dan Bryan Mbuemo turut tersenarai dalam senarai ini kerana mereka merupakan pemain termahal dari kelab masing-masing.

Dango Ouattara, Sander Berge, Anel Ahmedhodzic dan Albert Sambi Lokonga melengkapkan senarai 20 pemain termahal daripada setiap kelab dalam saingan Premier League.

Di bawah merupakan senarai 20 pemain termahal daripada setiap kelab dalam saingan Premier League:

1) Erling Haaland (Manchester City) – £156.8 juta (RM909 juta)

2) Bukayo Saka (Arsenal) – £104.6 juta (RM606 juta)

3) Moises Caicedo (Chelsea) – £78.4 juta (RM454 juta)

4) Bruno Guimaraes (Newcastle United) – £74.1 juta ( RM431 juta)

5) Luis Diaz (Liverpool) – £65.4 juta ( RM378 juta)

6) Marcus Rashford (Manchester United) – £65.4 juta (RM378 juta)

7) James Maddison (Totttenham) – £61 juta (RM355 juta)

8) Lucas Pacqueta (West Ham United) – £56.6 juta (RM326 juta)

9) Evan Ferguson (Brighton) – £55.6 juta (RM320 juta)

10) Moussa Diaby (Aston VIlla) – £47.9 juta (RM279 juta)

11) Joao Palhinha (Fulham) – £47.9 juta (RM279 juta)

12) Amadou Onana (Everton) – £43.6 juta (RM250 juta)

13) Eberechi Eze (Crystal Palace) – £41.8 juta (RM238 juta)

14) Morgan Gibbs-White (Nottingham Forest) – £34.9 juta (RM203 juta)

15) Bryan Mbuemo (Brentford) – £30.5 juta (RM174 juta)

16) Max Kilman (Wolves) – £30.5 juta (RM174 juta)

17) Dango Ouattara (Bournemouth) – £21.8 juta (RM128 juta)

18) Sander Berge (Burnley) – £17.4 juta (RM99 juta)

19) Anel Ahmedhodzic (Sheffield United) – £17.4 juta (RM99 juta)

20) Albert Sambi Lokonga (Luton) – £13.1 (RM75 juta)

Melihat kepada senarai di atas, jelas sekali pemain-pemain daripada saingan Premier League sememangnya memiliki nilai pasaran yang sangat tinggi tidak kira dari kelab mana mereka datang.

Dan harga yang ditulis ini merupakan nilai pasaran semasa para pemain dengan kelab kebiasaannya akan menaikkan lagi nilai tersebut andai ada yang berminat mahu mendapatkan khidmat pemain mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN