Pengalaman Richard Chin Di England Ditagih Skuad B-23 Negara

Kelibat pemain muda baharu Malaysia bawah 23 (B-23), Richard Chin dianggap mampu memberi tenaga tambahan baharu buat pasukan itu sebelum mereka menghadapi aksi Piala Asia B-23 2024 tidak lama lagi.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai 24 pemain pada 7 November lalu untuk mengikuti kem latihan pusat skuad B-23 bawah kendalian Juan Torres Garrido.

Daripada 24 nama pemain yang dipanggil ketika itu, hanya Luqman Hakim Shamsudin sahaja kini beraksi di luar negara dengan penyerang muda tersebut masih bersama K.V Kortrijk di Belgium.

Namun kini dengan kehadiran Richard Chin yang menyertai kem kebangsaan, ianya menjadikan Malaysia mempunyai dua bintang muda beraksi di luar negara dan pengalaman mereka pastinya sangat ditagih.

Melihat kepada kualiti serta pengalaman dimiliki Richard Chin, ianya dianggap mampu untuk membawa perubahan baharu dalam percaturan taktikal skuad B-23 negara pada masa akan datang.

Pada usia 21 tahun, Richard Chin dilihat memiliki pengalaman yang tak ada pada pemain lain untuk beraksi di luar negara dan sumbangan beliau ditagih untuk membawa keputusan positif buat Malaysia dalam saingan Piala Asia B-23 2024.

Perkara ini turut diakui oleh Datuk Sri Shahril Mokhtar yang bertindak selaku Pengurus Skuad B-23 negara dengan melihat pengalaman dimiliki Richard Chin sangat penting buat pasukan tersebut.

Tambah beliau, ketika ini pengendali pasukan akan melihat terlebih dahulu kesesuaian Richard Chin untuk menggerakan taktikal beliau dalam siri perlawanan akan datang.

Selain itu, Shahril juga menyatakan keupayaan Richard Chin kini bersama pasukan negara tidak boleh dibuat sebarang rumusan lagi kerana beliau masih lagi baharu menyertai kem latihan tersebut.

“Segala dokumentasi membabitkan pemain terbabit sudah lengkap. Pada masa ini, kebolehan Chin dalam pasukan tidak boleh dirumuskan lagi kerana baharu saja menyertai skuad B-23.

“Chin tidak berhadapan masalah untuk menyesuaikan diri dalam pasukan dan ketika ini melihat dia cepat serasi bersama pemain lain.

“Perkara paling penting adalah pengalaman dan kemahiran yang dimiliki pemain itu dapat dimanfaatkan oleh B-23 dalam membentuk pasukan mantap untuk perlawanan Piala Asia tahun depan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Untuk rekod kini, Richard Chin beraksi dalam saingan divisyen keenam di England bersama Dartford FC, selepas beliau dipinjamkan oleh pasukan asalnya iaitu Charlton Athletic.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN