Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk membantu Juventus mengesahkan kejuaraan Serie A buat kali kesembilan berturut-turut selepas menang 2-0 ke atas Sampdoria pada awal pagi tadi.
Penyerang berusia 35 tahun itu meletakkan Juventus di depan pada penghujung babak pertama dengan gol ke-31 liga musim ini dan Federico Bernardeschi kemudian menambah gol kedua untuk memastikan tiga mata penuh milik pasukan tuan rumah.
Kemenangan itu menjarakkan kedudukan Juventus dengan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Inter Milan dengan hanya dua perlawanan berbaki dan Maurizio Sarri akhirnya meraih kejuaraan Serie A buat kali pertama sebagai pengurus.
61 – Maurizio #Sarri Is the oldest manager to have won the Serie A in single round. Climb.#SerieA #JuveSamp #JuveSampdoria pic.twitter.com/Ew3uzWugJF
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 26, 2020
Dalam perlawanan ini, dua pemain Juventus terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas Danilo bertembung dengan Gaston Ramirez dan Paulo Dybala pula mengalami kecederaan otot pada kaki kirinya.
Pada lewat permainan, Ronaldo berpeluang untuk menambah koleksi jaringannya musim ini, namun sepakan penaltinya hanya singgah di palang gol.
“Saya berbesar hati dapat meraih kejuaraan kedua berturut-turut dan terus membina sejarah gemilang kelab ini,” ciap Ronaldo dalam akaun Instagramnya.
Feelin' #Stron9er! 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆#LiveAhead pic.twitter.com/Y29eJId7dJ
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) July 27, 2020
“Kejuaraan ini didedikasikan buat semua penyokong Juventus, terutamanya buat mereka yang menderita dengan pandemik yang mengejutkan kita semua di seluruh dunia.
“Ianya tidak mudah, semangat dan dorongan anda semua adalah sumber kekuatan kami yang perlu berjuang hingga ke penghujung saingan sehinggalah akhirnya kejuaraan ini menjadi milik kita semua.”
Juventus menjadi salah satu daripada tiga kelab Eropah yang menjuarai liga sembilan kali berturut-turut selain Celtic di Scotland dan kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad.
How strong? 💪
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) July 26, 2020
CHAMPIONS OF ITALY STRONG! 🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹🇮🇹#Stron9er #LiveAhead pic.twitter.com/C3kCvkSuIx
Lyon memang rekod di Perancis dengan tujuh kejuaraan berturut-turut (antara 2002 dan 2008), sementara Real Madrid pula pernah merekodkan lima kejuaraan La Liga berturut-turut.
Di England pula hanya Manchester United, Huddersfield, Arsenal dan Liverpool sahaja pernah menang tiga kejuaraan berturut-turut.
Dalam kalangan lima liga utama di Eropah, – England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis – Juventus kini mendahului dengan 36 kejuaraan, mengatasi Real Madrid yang meraih kejuaraan liga ke-34 baru-baru ini.
Saksikan sorotan perlawanan di sini:
Kredit Foto: Juventus
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Juventus: