Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette Kini Diburu Juventus

Alexandre Lacazette

Kelab Itali, Juventus kini dikhabarkan sedang memburu penyerang untuk dibawa ke Allianz Stadium pada musim hadapan.

Menurut laman Goal, Juventus kini memburu untuk mendapatkan penyerang Arsenal iaitu Alexandre Lacazette dalam usaha mereka untuk menajamkan lagi barisan hadapan mereka.

Pemain Arsenal tersebut disebut-sebut untuk menjadi pilihan alternatif kepada Juventus seandainya mereka gagal mendapatkan penyerang yang menjadi sasaran utama mereka iaitu bintang Napoli – Arkadiusz Milik.

Lacazette dikatakan bakal menjadi ‘korban’ untuk disingkirkan oleh Arsenal sekiranya mereka berjaya melanjutkan kontrak ketua pasukan – Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun begitu, sekiranya kenyataan tersebut dilihat benar. Ianya pasti akan membuatkan penyokong Arsenal tidak berpuas hati dengan keputusan kelab mereka yang gemar melihat kedua-dua pemain itu bergandingan bersama.

Sementara itu di Juventus, sekiranya Lacazette berjaya dipancing maka pemain itu akan memberikan dimensi baharu kepada serangan pasukan tersebut yang diterajui oleh Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala.

Menurut sumber di Itali, pihak Lacaztte dan Juventus sendiri sudah mula berbincang mengenai potensi perpindahan tersebut namun ianya masih lagi di peringkat awal.

Sementara itu, seorang lagi pemain Arsenal iaitu Mesut Ozil dijangka akan menghabiskan kontraknya bersama-sama kelab itu dan berpindah ke tempat lain.

Destinasi pilihan yang termasuk dalam perancangannya adalah untuk beraksi di Major League Soccer (Amerika Syarikat) atau menyertai liga Turki.

Beliau jelas sekali sudah tiada lagi dalam perancangan Mikel Arteta dan Arsenal.

Baca juga artikel kami mengenai Alexandre Lacazette:

Leave a Reply