Ole: David De Gea Sudah Jadi Penjaga Gol Terbaik Dunia Untuk 10 Tahun

David De Gea

Dimanakah kedudukan David De Gea dalam senarai penjaga gol terbaik dunia ketika ini?

Kenaikan beberapa nama lain seperti Alisson Becker dan Ederson Moraes pastinya memberikan cabaran kepada De Gea sebagai antara penjaga gol elit di dunia.

Walaupun kini dunia lebih memandang Alisson dan Ederson sebagai penjaga gol terhandal, tetapi bagi Ole Gunnar Solskjaer beliau tetap berasa De Gea adalah yang terbaik di dunia.

Malah pada hemat pengurus Manchester United itu, De Gea masih lagi seorang penjaga gol yang terbaik di dunia dan pemain itu sudah menjadi yang terhandal di dunia untuk 10 tahun!

“David De Gea telah mempunyai musim yang cukup cemerlang dan tahun hadapan ada tahun ke sepuluh beliau bersama kami.”

“Dan beliau telah membuktikan kepada barisan kejurulatihan yang beliau berhak dipercayai oleh kami.”

De Gea jelas sekali menjadi antara penjaga gol terhebat di Premier League sejak beberapa musim lalu dengan kemuncak prestasi beliau adalah pada musim 2018.

Disaat itu, beliau berjaya menyelamatkan Manchester United. Oleh kerana itu, bisa beliau jelas sekali ditagih oleh Sepanyol ketika Piala Dunia 2018 di Rusia.

Namun begitu, De Gea gagal mengulangi prestasi cemerlangnya itu bersama-sama skuad kebangsaan.

Solskjaer mengakui yang De Gea mengalami masa sukar di England semasa baru tiba di England. Akan tetapi itu telah melonjakkan dirinya untuk menjadi pemain yang cukup hebat.

“Beliau ada sedikit masa sukar ketika bersama-sama kami di peringkat awal. Namun begitu, beliau telah menjadi penjaga gol yang terbaik untuk tempoh sembilan ke sepuluh tahun ini.”

“Dan apabila anda bekerja secara terus dengannya, anda boleh dapati yang De Gea merupakan seorang pemain yang sentiasa mahu mempelajari ilmu dan sering bekerja keras.”

De Gea berpeluang untuk mengatasi Peter Schmeichel sebagai pemain luar yang melakukan penampilan terbanyak bersama Manchester United iaitu 399 aksi sekiranya beliau diturunkan menentang Aston Villa.

Baca juga artikel kami mengenai David De Gea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN