Mikel Arteta: Lacazette Sangat Perlukan Gol itu

SPORT-PREVIEW-Lacazette-Arteta

Dalam temubual sejurus perlawanan, Mikel Arteta mengakui yang Alexandre Lacazette sangat memerlukan gol tersebut bagi membantunya mendapatkan semula rentaknya.

Kali terakhir penyerang asal Perancis itu meledak gol adalah ketika menang ke atas West Ham pada Mac lalu sebelum Premier League tertangguh dan semalam beliau berjaya membantu Arsenal menewaskan Wolves 2-0 di Stadium Molineux.

Hanya tiga minit diperlukannya

“Ya, jelas yang dia memang sangat perlukan gol tersebut. Ketika saya memintanya untuk bersedia [untuk dimasukkan], dalam tiga saat dia sudah bersedia untuk masuk ke padang,” ujar Arteta mengenai prestasi Lacazette dalam perlawanan awal pagi tadi.

“Kami perlu memberinya lebih peluang untuknya membuat lebih banyak jaringan sebegitu. Saya sangat gembira dengan prestasinya kerana dia layak untuknya berdasarkan apa yang dipamerkan ketika latihan setiap hari,” jelas Arteta lagi.

Lacazette baharu sahaja dimasukkan menggantikan Eddie Nketiah pada minit ke-83 dan hanya memerlukan tiga minit untuk meledak gol kedua The Gunners dengan sentuhan mudah menewaskan seorang pertahanan dan penjaga gol lawan.

Selepas kemarau jaringan sejak liga kembali bersambung, pastinya inilah yang dicari penyerang berusia 29 tahun tersebut untuk meningkatkan kembali keyakinan di depan gol. Arsenal pula sudah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut.

Masih releven buru slot Eropah

Kemenangan ketiga berturut-turut ini telah membantu Arsenal yang kini masih releven dalam pemburuan slot ke kejohanan Eropah. Selepas 33 perlawanan dilalui, mereka saat ini menduduki kedudukan ke-7 liga dengan mengumpul 49 mata.

Sebelum ini Arteta dipetik berkata yang mereka memburu kemenangan dalam setiap baki perlawanan dengan mengurangkan kesilapan mudah. Ini bagi merealisasikan impian mereka untuk kembali ke pentas Eropah pada musim depan.

Arsenal mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain muda, Bukayo Saka pada minit ke-43 – yang mungkin menghadiahkan kepada Arsenal gol tersebut sebagai tanda terima kasihnya atas kontrak baharu yang telah dimeterainya pada 1 Julai lalu.

Arteta jelas gembira dengan kemenangan tersebut sambil berkata, “Pasukan ini telah kembali hidup. Dan ia akan kekal hidup apabila mereka menikmati saat menderita bersama-sama. Jika ianya berjaya dilakukan, perkara baik akan datang.”

Minggu yang akan diingati

Sementara itu, Bukayo Saka dipetik berkata kepada Sky Sport mengenai jaringan pertamanya, “Ia adalah satu minggu yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.”

“Saya baru berusia 18 tahun dan memang ini adalah kelab impian saya. Saya baru datang daripada akademi musim ini dan saya rasa saya perlu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Di mana sahaja bos letak saya, saya perlu berikan yang terbaik.

“Ia adalah kemenangan yang hebat. Kita tahu bagaimana kehebatan Wolves ketika ini dan kita tahu yang kita akan berdepan kesukaran menentang mereka. Kami gembira dengan kemenangan ini,” ujarnya lagi mengenai aksi pada awal pagi tadi.

Dengan jaringan pertamanya itu, beliau telah menyertai enam pemain Arsenal yang berjaya meledak gol di usia muda iaitu Cesc Fabregas, Serge Gnabry, Alex Oxlade-Chamberlain, Gabriel Martinelli, Aaron Ramsey dan juga Nicolas Anelka.

Penutup

Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka yang meledak gol kemenangan Arsenal dalam kemenangan ke atas Wolves mempunyai sebab tersendiri untuk gembira dan ada signifikasi tersendiri gol tersebut dalam perjalanan karier kedua-duanya.

Apa kata penyokong Arsenal? Adakah pasukan anda masih berpeluang untuk layak ke pentas Eropah pada musim hadapan berdasarkan tiga kemenangan berturut-turut ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: THE SUN

Baca lagi mengenai Alexandre Lacazette dan Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN