Jamie Vardy: Pemenang Kasut Emas Tertua Di Premier League

Jamie Vardy Kasut Emas 2020 EPL

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy telah menjadi pemain tertua untuk memenangi anugerah Kasut Emas Premier League selepas menamatkan musim dengan 23 gol.

Persaingan merebut Kasut Emas Premier League 2019/20 berakhir dengan Jamie Vardy berjaya menewaskan persaingan daripada penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Danny Ings (Southampton), dibezakan dengan hanya satu gol.

Pencapian individu terindah

Penyerang berusia 33 tahun itu gagal meledak sebarang gol ketika tewas 0-2 kepada Manchester United dalam perlawanan terakhir lewat malam tadi, namun, tetap gagal dipintas oleh kedua-dua penyerang yang mengekori rapatnya sejak beberapa ketika.

Aubameyang tampil menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Watford, hanya mampu mendekat jurang jumlah jaringan gol sementara Ings pula hanya menghasilkan satu gol ketika Southampton menewaskan Sheffield United 3-1.

Bercakap kepada media sejurus perlawanan, pengurus pasukan, Brendan Rodgers menyatakan kegembiraannya dengan pencapaian Vardy. “Ia satu pencapaian individu terindah untuk dirinya. Kami tidak akan berada di sini tanpa kualiti dan jaringannya.”

Musim 2015/16, Vardy gagal untuk meraih anugerah ini walaupun meledak lebih gol – 24 gol – tewas kepada 25 gol jaringan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Rekod 10 tahun dipecah

“Ianya sangat menyenangkan bekerja bersamanya, memiliki mentaliti yang hebat dan juga berkualiti. Ia satu penghargaan yang amat besar dan kami semua gembira untuknya,” tambah Rodgers lagi mengenai pencapaian penyerangnya itu.

Vardy kini menjadi penyerang tertua untuk memenangi anugerah Kasut Emas pada usia 33 tahun. Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba yang telah memenanginya pada musim 2009/10 di usia 32 tahun.

Selepas 10 tahun berlalu, barulah rekod yang dipegang oleh Drogba berjaya dipecah dan ianya dilakukan oleh penyerang Inggeris yang juga merupakan yang ketiga memenanginya selepas Kevin Phillips (1999/00) and Harry Kane (2015/16, 2016/17).

Selain itu, Vardy turut memenangi dua anugerah bersama Leicester City apabila diundi sebagai Pemain Terbaik Leicester City bagi musim 2019/20 oleh penyokong dan juga rakan sepasukannya. “Saya amat berbangga memenanginya,” ungkapnya.

Tetap layak ke saingan Eropah

Dalam pada itu, Leicester City terpaksa melupakan saingan Champions League untuk musim hadapan apabila tewas 0-2 kepada Manchester United dan menurut Vardy, beliau tetap berbangga dengan pencapaian The Foxes pada saingan musim ini.

“Segalanya tidak menjadi hari ini. Saya berbangga dengan apa yang kita telah capai pada musim ini. Kita memiliki pemain-pemain yang hebat untuk saingan di Eropah musim hadapan. Masa depan yang cerah buat kita semua,” ungkapnya di Twitter.

Leicester City menamatkan musim 2019/20 di kedudukan ke-5 Premier League dengan 62 mata dan layak untuk beraksi di Europa League. Ia tetap pencapaian yang membanggakan buat mereka selepas tiga musim gagal untuk menempatkan diri.

Memasuki usia 34 tahun untuk saingan musim depan, tidak dapat dipastikan, adakah Vardy masih menjadi tonggak utama Leicester City dengan pertandingan Europa League juga berada di tangan mereka. Yang pasti, beliau telah beri segalanya.

Penutup

130 gol dalam 310 penampilan bersama The Foxes, Jamie Vardy sudah boleh dianggap sebagai lagenda mereka. Kini, fokus mereka pastinya terarah kepada pembentukkan skuad yang lebih baik untuk saingan musim hadapan.

Musim ini mereka diganggu dengan skuad yang kecil. Kecederaan dan penggantungan pemain utama tidak dapat ditampung dengan baik oleh pemain lain. Jika tidak, mereka sudah tentu awal-awal lagi mengesahkan tiket ke Champions League 2020/21.

KREDIT FEATURED IMAGE: Regan/Getty Images

Baca lagi artikel mengenai Jamie Vardy dan Leicester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN