Presiden FAP: Kita Tiada Hutang Dengan Sesiapa Sekarang

Dr Amar Pritpal FAP Penang 2020 hutang

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdullah berkata pihaknya kini sudah tidak menanggung hutang dengan mana-mana pihak.

Ianya disuarakan ketika sidang media selepas melawat sesi latihan skuad Liga Premier, Pulau Pinang bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Sabtu. FAP mengesahkan telah menyelesaikan hutang berjumlah kira-kira hampir RM12 juta.

Bebas hutang

Dr Amar Pritpal telah berkata yang dipetik daripada Buletin Mutiara, “FAP akan dikendalikan oleh sebuah kelab dikenali sebagai Penang Football Club. FAP akan menjadi sebuah kelab [berusia] 100 tahun pada tahun hadapan [2021].”

“Kami adalah sebuah kelab yang tidak ada hutang dengan sesiapa pun sekarang. Jadi, ramai [firma bukan kerajaan dan pihak swasta] berminat kerana kita tidak ada hutang [tertunggak],” tambahnya lagi mengenai isu hutang yang membebani pasukan.

Oleh yang demikian, Dr Amar Pritpal merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan negeri pimpinan Chow Kon Yeow yang menyatakan komitmen untuk terus bersama membantu menyalurkan kewangan buat mereka sehingga hujung tahun ini.

Beliau turut memaklumkan akan melihat kepada tawaran-tawaran daripada pihak berminat dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menimbangkan perkara tersebut disamping melihat apakah syarat-syarat yang harus mereka letakkan nanti.

Komited terus bantu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam pada itu menyuarakan keyakinan yang Harimau Kumbang akan terus memburu untuk layak ke saingan Liga Super musim hadapan selepas segala isu tunggakan gaji dan hutang ini diselesaikan.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu kebajikan pemain terjejas kerana menurutnya, “Bagi pemain, kestabilan kewangan ini adalah sesuatu yang menyenangkan hati, maka, para pemain dapat memberi tumpuan beraksi di padang sahaja.”

“[Oleh itu] Kerajaan Negeri terus komited sehingga akhir tahun ini, daripada segi bantuan kewangan [untuk membantu FAP],” tegasnya yang turut dilihat berada bersama di sidang media yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan itu.

FAP sebelum ini dibebani pelbagai isu tunggakan gaji dan hutang pemain-pemain musim sebelum ini sehingga terlepas tiket automatik ke Liga Super musim 2020.

Swasta mampu selesai kemelut kewangan

Dalam pada itu, pada pertengahan Julai yang lalu, FAP telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa FAP (EGM) yang membincangkan isu penswastaan pasukan bagi memenuhi syarat wajib untuk menyertai saingan Liga Malaysia pada tahun hadapan.

Menurut posting di laman sosial pasukan, FAP dipetik berkata yang penswastaan kelab dilihat mampu memperbaiki aspek pengurusan pasukan, selain antara alternatif terbaik kepada kemelut kewangan dihadapi pasukan sehingga kini.

EGM tersebut turut melantik Pengamanah persatuan yang baharu iaitu Datuk Seri Suppiah Manikam dan Dato’ Edmund Teow Peng Hee dalam usaha untuk menuju ke arah penswastaan pasukan yang sedang giat dijalankan setakat ini.

Semuanya BOLA pernah melaporkan luahan bekas pemain Pulau Pinang yang telah dijanjikan penyelesaian tunggakan gaji selama berbulan-bulan namun, ianya masih tidak selesai sehingga mereka sudah hilang sabar dengan janji palsu.

Penutup

Adakah benar isu ini telah selesai sepenuhnya? Pihak kami akan cuba untuk dapatkan penjelasan daripada bekas pemain tersebut sebagai kepastian.

Walaubagaimanapun, usaha pihak FAP untuk menyelesaikan hutang berjumlah kira-kira RM12 juta wajar dipuji kerana mereka tidak lari daripada tanggungjawab sebagaimana yang telah berlaku kepada beberapa pasukan lain.

KREDIT FEATURED IMAGE: FA PENANG

Baca lagi artikel mengenai Pulau Pinang:

https://semuanyabola.com/manzoor-azwira-mahu-cipta-skuad-persis-perlis-2006-bersama-pulau-pinang/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN