Ramon Marcote: Saya Ingin Kembali Ke Liga Malaysia

Ramon Marcote

Meskipun jodohnya bersama Kedah pada musim 2018 tidak panjang, Ramon Marcote tanpa berselindung mengakui pintu hatinya masih terbuka untuk kembali ke tanah air bagi membimbing kelab dalam saingan Liga Malaysia.

Marcote yang juga merupakan seorang guru di Sepanyol pernah bertindak selaku ketua jurulatih Kedah ketika menghadapi kempen Liga Super 2018, namun beliau ‘direhatkan’ selepas hanya mengharungi lima perlawanan liga yang menyaksikan Kedah mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan.

Kedah tumpas pada dua perlawanan awal iaitu bertemu Johor Darul Ta’zim (1-2) dan Perak (1-3). Mereka kembali bangkit dengan dua kemenangan apabila berjaya menundukkan dua pasukan ‘Perbadanan’, PKNP FC 1-0 dan PKNS FC dengan keputusan 4-3.

Aksi terakhir Kedah dibawah kendalian Marcote menyaksikan mereka tumpas 3-4 di tangan Kuala Lumpur. Selepas itu, pengendali kelahiran Sepanyol itu digantikan dengan Muhammad Nidzam Adzha Yusoff.

Awan hitam dalam karier kejurulatihnya di Malaysia itu tidak langsung membekas dalam hati Marcote yang tidak menolak kemungkinan akan kembali sekiranya khidmatnya diperlukan. Menurut laporan dikeluarkan Utusan Malaysia, pasukan seperti Pulau Pinang dan Sabah dikaitkan dengan pengendali yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA Pro itu.

”Sudah tentu saya ingin kembali ke Liga Malaysia. Kuala Lumpur ada berbincang tetapi sekarang mereka telah ada pilihan sendiri (Simon Elissetche).”

”Saya ada juga dengar Sabah dan Penang (Pulau Pinang) berminat untuk dapat khidmat saya tetapi ia sekadar spekulasi kerana kedua-dua pasukan itu tidak menghubungi saya.”

”Saya antara tenaga pengajar dalam kursus pro UEFA dan juga perunding untuk pasukan bola sepak di Sepanyol.”

”Tetapi sebab Covid-19 saya kembali kepada pekerjaan asal saya iaitu guru di sebuah sekolah,” ujar Marcote bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia.

Kredit featured image: Facebook FA Kedah

Baca artikel lain dari kami mengenai Ramon Marcote:

 

Ramon Marcote: JDT Membelanjakan Wang Mereka Dengan Betul

Analisis Ramon Marcote: Taktikal JDT Sangat Baik, Kedah Serba Tak Menjadi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN