Quantcast

LIGA MALAYSIA

Ramon Marcote: JDT Membelanjakan Wang Mereka Dengan Betul

Bekas pengendali pasukan Kedah, Ramon Marcote menyatakan bahawa JDT merupakan cerminan terbaik untuk bola sepak Malaysia.

Beliau juga merasakan pasukan tersebut harus menjadi contoh dan ikutan pasukan-pasukan lain di Malaysia.

Ramon Marcote menyaksikan aksi final di antara JDT dan Kedah dari negaranya di Sepanyol. Bercakap kepada semuanyaBOLA, Ramon berkata:

“Saya percaya JDT selayaknya menang. Mereka berjuang dengan semangat, kebanggaan, dan menghormati lawan mereka. Mereka jelas menunjukkan, tiada gunanya untuk terus melukakan lawan dengan skor yang mereka sudah capai.”

Beberapa hari ini timbul isu bahawa, JDT menggunakan kuasa wang untuk mencapai kejayaan. Ia telah diberikan respon oleh Allistair Edwards.

Ramon turut memiliki pandangan beliau akan hal tersebut. Menurut Ramon, JDT telah membelanjakan wang mereka ke tempat yang betul untuk pembangunan bola sepak.

Itu bezanya JDT dengan beberapa pasukan lain yang turut memiliki dana yang besar namun tersilap dalam perbelanjaan.

Ramon berharap pasukan-pasukan lain di Malaysia menjadikan JDT sebagai contoh untuk menggerakkan operasi sesuatu pasukan bola sepak.

Beliau menambah: “JDT adalah contoh terbaik kepada kelab-kelab di Malaysia. Mereka melaburkan wang untuk fasiliti, jurulatih, kelengkapan sukan yang terbaik, mendapatkan pemain terbaik untuk berjuang menjadi yang terbaik.”

“Ini yang saya katakan sebagai; memiliki pelan yang bagus untuk dilaksanakan. Hanya mereka yang bekerja keras sahaja memiliki peluang untuk mencapai kejayaan.”

“Kita harus ingat bahawa, hanya dalam kamus sahaja perkataan success muncul lebih awal daripada work.

“Tahniah JDT.”