Ramon Marcote Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu Skuad Helang Merah

Laman facebook rasmi Kedah FA, mengesahkan skuad hijaukuning akan memulakan latihan pra-musim 2018 hari ini dibawah kendalian jurulatih baharu, Ramon Marcote di Stadium Darul Aman petang ini.

“Alhamdulillah, akhirnya penantian semua pihak akan dimuktamadkan esok dengan persetujuan YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah untuk melantik Ketua Jurulatih Skuad Liga Super Kedah 2018 baharu, Ramon Marcote Pequeno.

“Usaha dan komitmen tinggi pengurusan yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri ini turut mendapat restu penyokong yang tidak putus-putus mahukan jurulatih dari Sepanyol ini untuk mengemudi Kedah setelah meninggalkan kesan mendalam mengemudi 4 perlawanan pada musim 2015.

“Usaha ini sukar untuk menjadi nyata tanpa usaha dari penaja, sokongan berterusan penyokong dan terutamanya komitmen pengurusan tertinggi KFA diketuai oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah,” kata kenyataan rasmi daripada laman facebook KFA.

Mereka juga turut mengesahkan setakat ini barisan kejurulatihan hanya melibatkan pertukaran jurulatih penjaga gol baharu, Megat Amir Faisal menggantikan mantan jurulatih, Mohd Faozi Mukhlas manakala bekas ketua Jurulatih skuad hijaukuning musim 2017, Mohd Nidzam Adzha Yusof akan menggalas jawatan Penolong Ketua Jurulatih musim ini.

Hampir keseluruhan pemain dikekalkan kecuali Mohd Fitri Omar (ke Terengganu FC), Ahmad Fakri Saarani (ke Melaka United SA), Syazuan Hazani (ke PJ Rangers FC), Muhammad Syafiq Ahmad (ejen bebas) manakala Zachary Anderson dan Ken Ilso Larsen mengosongkan 2 slot import.

Skuad hijaukuning juga kini dalam perancangan rapi mengikat 3 lagi pemain import bagi mengharungi musim 2018. Penjaga Gol Muhd Farhan Abu Bakar dipinjamkan ke pasukan PJ Rangers FC selama setahun.

Antara muka baru menandatangani kontrak dengan skuad Liga Super Kedah adalah Mohd Zafuan Azeman (dari Perlis FA) dan 2 bekas pemain skuad Piala Presiden Kedah musim 2017, Mohd Zulfahamzie Tarmizi dan Mohd Nor Fiqrie Talib.

Sebelum ini, Marcote pernah bersama Kedah pada tahun 2015 sebagai jurulatih kecergasan dan pemangku jurulatih bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir serta final Piala Malaysia.

Beliau juga mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Phd ) dalam bidang sains sukan di Madrid dan sedia berkhidmat dengan pasukan Kedah andai dipanggil.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN