Lucas Kalang Laeng Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Sabah FC

Lucas Kalang Laeng

Sabah FC bakal mendapat sentuhan tempatan apabila secara rasminya mengumumkan pelantikan Lucas Kalang Laeng sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021.

Meskipun beliau mungkin tidaklah begitu dikenali peminat bola sepak tempatan, jurulatih kelahiran Sarawak itu sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam kancah bola sepak terutamanya di Sarawak apabila beliau pernah menjadi pembantu kepada jurulatih Sarawak pada era 90-an, Alan Vest.

Lucas juga hadir dengan reputasi baik apabila beliau memiliki Lesen Diploma Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)  yang membolehkannya membimbing pasukan dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Malaysia.

Selain itu, Lucas turut pernah dilantik selaku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) pada Februari 2014.

Pengalaman luas dimiliki Lucas menjadi faktor utama yang mendorong Sabah FC untuk melantik pengendali yang pernah menghadiri Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 modul keempat yang diadakan dari 1 hingga 14 Oktober 2019 di Osaka, Jepun.

Kredit foto: Facebook Lucas Kalang Laeng

Perkembangan terbaharu berhubung pelantikan Lucas Kalang itu dibuat pengurusan tertinggi kelab tersebut menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Sabah Football Club Sdn Bhd.

”Adalah dimaklumkan bahawa setelah membuat penilaian beberapa calon untuk mengisi Jawatan Ketua Jurulatih, Sabah FC dengan ini mengumumkan melantik Ketua Jurulatih Lucas Kalang Laeng yang berasal dari Sarawak untuk mengemudi Pasukan Sabah FC bagi musim 2021.”

”Keputusan melantik Ketua Jurulatih berasal dari Sarawak tersebut dibuat memandangkan kelebihan yang dimiliki selain daripada Lesen Pro A, Jurulatih tersebut juga mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Sukan.”

”Di kesempatan ini juga, Sabah FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kurniawan Dwi Yulianto di atas khidmat sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Sabaha serta Jurulatih Kecergasan Sofie Imam Faizal bagi musim 2020.”

”Kedua-dua Jurulatih tersebut tidak dilanjutkan kontrak bagi musim 2021 dan Sabah FC mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua Jurulatih tersebut.”

Kredit featured image: FAM

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Sabah:

Dilantik Sebagai Pengurus Pasukan, Cabaran Baharu Buat Jelius Ating Bersama Sabah

MFL Putuskan TM Piala Malaysia 2020 Tanpa Penglibatan Sabah

Dua Kali Negatif, Sabah Tak Berhasrat Minta Penangguhan Aksi Bertemu JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN