Piala FA: Nasib Michael Feichtenbeiner Akan Ditentukan Malam Ini

Michael Feichtenbeiner Sukan SEA Selangor

Nasib pengendali Selangor iaitu Michael Feichtenbeiner akan ditentukan pada malam ini apabila Gergasi Merah akan menentang Terengganu bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Piala FA.

Pemenang antara kedua-dua pasukan akan bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang semalam bergaya membelasah Penang dengan jaringan 6-1.

Piala FA: 3 Masalah Utama Dihadapi Penang Di Stadium Sultan Ibrahim

Jadi malam ini, tumpuan akan terarah kepada aksi di Gong Badak dengan Terengganu dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara.

Beraksi di laman sendiri dengan tiket yang laku bak pisang goreng panas, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pastinya akan menjadi tempat yang sukar untuk dikunjungi Selangor malam ini.

Tambahan lagi, sekiranya taktikal Nafuzi Ball malam ini beroperasi dengan baik, tak terkejut kalau Selangor akan ‘lemas’ dengan permainan bola sepak berkelas tinggi mereka.

Dari perspektif Selangor, aksi pada malam ini akan menjadi penentu nasib kepada Feichtenbeiner yang sememangnya kini sudah tidak lagi digemari penyokong Gergasi Merah.

Kekalahan memalukan kepada Negeri Sembilan tempoh hari menaikkan api kemarahan penyokong Selangor dengan gema mahukan pengendali Jerman itu disingkirkan secepatnya.

Malam ini akan jadi penentu, menang dan beliau akan kekal lagi untuk beberapa ketika.

Jika kalah, desakan akan memuncak untuk menyingkirkan jurulatih Jerman itu selepas pasukan jelas sekali tidak menunjukkan prestasi baik terutamanya dalam saingan Liga Super.

Akan tetapi, penyokong Selangor ramainya sudah tidak lagi berpegang bulat-bulan kepada jurus, “menang kekal, kalah dipecat” ini.

Hal ini kerana, majoriti penyokong Selangor mahukan Feichtenbeiner disingkirkan tidak kiralah mereka menang atau pun kalah melawan Terengganu.

Pada mereka, sudah cukup sudah, cukup sampai disini saja, daripada batin terseksa melihat Feichtenbeiner uruskan pasukan, Lebih baik beliau pergi saja.

Namun, jika Selangor masih kekalkan beliau selepas perlawanan ini maka banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Dr Johan Kamal Hamidon dan Raja Muda Selangor mengenai situasi dan hala tuju pasukan.

Mereka perlu berterus terang dengan apa yang berlaku dan tidak menyorokkan apa-apa daripada penyokong.

Leave a Reply