Semuanya BOLA Kini Mencari Raja FPL Yang Baharu!

Musim lalu, kami telah mengadakan saingan Fantasy Premier League (FPL) dan ianya mendapat sambutan yang baik dari anda semua – terima kasih kami ucapkan!

Sertai SB Di Fantasy Premier League Bagi Musim 2021/2022 Sekarang

Untuk musim 2022/2023, adakah kami akan menganjurkannya sekali lagi? Sudah pasti!

Selepas kami menobatkan BABA YAGA yang diuruskan oleh Ha Fiz sebagai raja FPL Semuanya BOLA pada musim lepas – kini pencarian akan bermula semula.

Kami kini ingin mencari raja baharu untuk saingan FPL menerusi Liga FPL Semuanya BOLA 2022/2023!

Dengan masih mengekalkan format seperti pada musim lalu, cara untuk menyertainya cukup mudah:

  1. Cipta pasukan anda di laman rasmi FPL. Jika belum, lakukannya di https://fantasy.premierleague.com/.
  2. Selepas cipta pasukan, daftar minat melalui surat berita (newsletter) SB dengan klik di [SINI]
  3. Sahkan emel yang anda gunakan, sila semak bahagian PROMOTION, SOCIAL atau SPAM
  4. Selepas mengesahkan emel, anda akan memperoleh satu lagi emel daripada kami yang memberikan kod liga kepada anda
  5. Klik maklumat yang kami berikan dalam emel tersebut.
Sila masukkan emel yang sah. Jika tidak, anda tidak akan dapat kod liga.

Percuma je nak masuk!

Sama seperti musim lepas, saingan FPL anjuran SB tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan kepada para peserta.

Sebaliknya, ianya PERCUMA dan TERBUKA kepada semua untuk sertai – nak hantar berapa banyak pasukan pun boleh (tapi pastikan menang, kalau kalah malu nanti).

Walaupun percuma dan terbuka untuk semua, anda MESTI ikut lima langkah yang kami berikan di atas untuk pastikan anda layak menang hadiah.

Tapi kalau menang dapat hadiah apa?

Hadiah yang lebih gempak untuk anda!

Berbeza dengan musim lalu, kali ini kami tampil dengan tawaran yang lebih mantap untuk anda!

Musim lalu, kami menawarkan hadiah buat para pemenang di akhir musim sahaja, tetapi kali ini kami turut menawarkan ganjaran buat pasukan terbaik setiap bulan!

Ini bermaksud, setiap pasukan yang mengumpul mata terbanyak setiap bulan akan memperoleh hadiah daripada kami – kiranya seperti kami meraikan pasukan terbaik untuk bulan tersebut.

Selain daripada hadiah bulanan, kami turut mengekalkan hadiah buat juara, naib juara, tempat ketiga dan kesemua pasukan yang menduduki kedudukan 10 terbaik pada akhir musim.

Berikut merupakan senarai hadiah untuk para pemenang:

Hadiah bulanan

Jersi pasukan Premier League pilihan anda atau pakaian oversize streetwear SusanoXSemuanyaBOLA.

Hadiah utama

Juara

RM500, keahlian SB sepanjang hayat, barangan eksklusif SB.

Naib juara

RM300, keahlian SB sepanjang hayat, barangan eksklusif SB dan jersi Premier League pilihan

Tempat ketiga

RM100, keahlian SB sepanjang hayat dan barangan eksklusif SB

Tempat ke-4 hingga ke-10

RM50, keahlian SB sepanjang hayat dan barangan eksklusif SB

Apa tunggu lagi? Marilah sertai sekarang. Anda boleh masuk liga ini tidak kira masa walaupun apabila saingan Premier League bermula.

Namun begitu, jika masuk lewat, peluang nak menang hadiah itu tipis.

Jadi? Masuklah sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN