Petr Cech Masih Belum 100% Bersara Rupanya

Petr Cech

Pengurus Chelsea, Frank Lampard membuat kejutan besar apabila telah membariskan Penasihat Teknikal dan Prestasi pasukan, Petr Cech dalam senarai 25 pemain The Blues bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Legenda berusia 38 tahun yang merupakan antara nadi kejayaan Chelsea dalam menjulang kejuaraan UCL 2011/12 itu bakal menjadi pilihan keempat buat Lampard di mana beliau turut menyenaraikan Edouard Mendy, Kepa Arrizabalaga dan Willy Caballero.

Perkembangan terbaharu yang diumumkan laman sesawang rasmi Chelsea itu menyaksikan Cech boleh diibaratkan sebagai keluar daripada persaraan selepas kali terakhir beraksi pada perlawanan akhir Liga Europa 2018/19 di mana pada ketika itu beliau menyarung jersi Arsenal dan terpaksa berdepan Chelsea.

Cech kini bergelar pemain ‘non-contract’ dan Lampard menegaskan bahawa bekas rakan sepasukannya itu aktif menjalani latihan bersama kelab dalam beberapa tempoh sebelum mengambil keputusan untuk membawanya keluar daripada persaraan.

”Petr telah menjalani latihan bersama penjaga gol yang lain pada ketika ini,” ujar Lampard menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia telah berlatih beberapa hari bersama mereka yang merupakan pengalaman yang sangat bernilai [buat penjaga gol lain] dan dia telah mencurahkan kualiti itu kepada mereka.”

”Kami mendapati ada ruang dalam skuad ini dan kami mengetahui pada tahun ini, ia seperti tiada orang lain kerana COVID dan pengasingan diri, jadi keputusan ini sangat mudah. Pete masih melakukan kerjanya pada setiap hari dan dia ada di sini sekiranya kami memerlukannya.”

”Dia masih cergas, sangat cergas. Dia masih agak muda. Dia menamatkan karier ketika dia dirasakan masih mampu lagi beraksi. Dia telah memainkan peranannya di Chelsea dengan baik dan dia sangat membantu saya dan kami bekerja dengan sangat rapat bersama-sama.”

”Dia berlatih dengan kerap dan dia masih cergas,” tambah Lampard lagi.

Kredit featured image: Donall Farmer/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Petr Cech:

Petr Cech Sekolahkan Penyokong Arsenal Yang ‘Terpesong’ Kerana Terlalu Pecayakan ‘Google Translator’

Penamat Karier Luar Biasa Buat Petr Cech, Bakal Berdepan Chelsea Pada Penampilan Terakhirnya

Chelsea Umum Petr Cech Sebagai Penasihat Teknikal & Prestasi Kelab

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN