Quantcast

BERITA

Petr Cech Sekolahkan Penyokong Arsenal Yang ‘Terpesong’ Kerana Terlalu Pecayakan ‘Google Translator’

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech menasihatkan seorang penyokong Arsenal bahawa ‘google translator’ tidak semestinya betul.

Ada beberapa terjemahan menerusi oleh peterjemah google itu adalah tidak tepat dan perlu untuk dikaji semula sebelum ditulis kepada umum.

Sebuah akaun peminat yang bernama Dean @ Arsenal Nexus telah menterjemah kenyataan Petr Cech secara tidak betul. Penyokong itu menulis kenyataan Cech seperti berikut:

“Pasukan pilihan bagi saya adalah Chelsea kerana mereka ada sejarah bermain lebih banyak perlawanan akhir. Di samping itu, mereka menamatkan liga di atas kami. Pasukan mereka akan mengendalikan tekanan dengan lebih baik daripada kami.”

“Wow, Petr Cech megecewakan..”

Petr Cech membalas balik kenyataan itu yang dianggap sebagai ‘lost in translation’.

Cech berkata: “Jika kamu tidak tahu menterjemahkan artikel daripada bahasa Czech, jangan sesekali tweet tentangnya.”

Beberapa minit selepas balasan daripada Cech, status itu telah dipadamkan oleh peminat tesebut.

Beberapa hari lalu Petr Cech turut menggunakan Twitter menjelaskan bahawa beliau akan bersikap profesional dan berjuang untuk Arsenal. Cech menafikan beliau sudah memeterai perjanjian untuk menjadi Pengarah Sukan Chelsea selepas bersara – sebaik sahaja perlawanan terakhir iaitu final UEL.

Petr Cech merupakan penjaga gol utama Arsenal untuk kempen UEL. Dan beliau dijangka akan terus menjadi pilihan utama dalam perlawanan final.

Selain itu, semua orang tahu bahawa Petr Cech adalah penjaga gol legenda Chelsea.