Chelsea Umum Petr Cech Sebagai Penasihat Teknikal & Prestasi Kelab

Chelsea telah mengumumkan bekas penjaga gol, Petr Cech akan kembali menyertai mereka sebagai Penasihat Teknikal dan Prestasi kelab tersebut.

Pengumuman tersebut dimumkan oleh kelab London tersebut melalui media sosial rasmi kelab London tersebut sebentar tadi.

Cech yang kini berusia 31 tahun pernah beraksi bersama Chelsea selama 11 tahun diantara 2004 sehingga 2015. Sepanjang tempoh tersebut, beliau membantu The Blues memenangi pelbagai kejuaraan – antaranya empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dan satu kejuaraan UEFA Champions League.

Beliau kemudiannya menyertai Arsenal pada 2015, sebelum bersara sebagai pemain sebaik sahaja selepas perlawanan akhir UEFA Europa League pada Mei lalu – menyaksikan The Gunners tewas 4-1 kepada Chelsea di Baku.

“Ia satu penghormatan untuk diberikan peluang menyertai Chelsea FC sekali lagi, dan membantu kelab ini membentuk struktur dan persekitaran yang sesuai untuk menghasilkan prestasi terbaik, demi kejayaan berterusan seperti yang telah dicapai sejak 15 tahun yang lalu,” ujar Cech dalam satu kenyataan.


Antara tanggungjawab Cech bersama Chelsea ialah untuk memberikan khidmat nasihat mengenai bola sepak dan perkara-perkara berkaitan prestasi. Peranan baru ini juga akan menuntut Cech memberi lebih banyak perhatian terhadap akademi dan pasukan utama.

Leave a Reply