Penolong Pengurus Selangor FC ‘Mengiyakan’ Tawaran Kepada Honda?

Keisuke Honda Selangor FC Nazzab Hidzan 2021

Penolong Pengurus Selangor FC, Nazzab Hidzan seolah-olah telah mengiyakan kisah tawaran kepada bekas ‘superstar’ skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda.

Sebelum itu, Keisuke Honda telah dikaitkan dengan Selangor apabila sebuah media Jepun, Tokyo Sports Web mendedahkan tentang tawaran terhadap bekas pemain AC Milan itu yang sedang bersama kelab di Azerbaijan Premier League, Neftci PFK.

Memetik kenyataan di laman web tersebut yang mengambilnya daripada sebuah lagi portal sukan di Azerbaijan, Sports Info, Honda telah menerima sebuah tawaran yang tidak dijangka daripada sebuah kelab yang bersaing di Liga Malaysia iaitu Selangor.

Dengan liga di sana akan berakhir dalam tempoh sebulan lagi dengan berbaki empat perlawanan, Honda mungkin bakal mengorak langkah baharu menuju ke Malaysia.

Menurut komennya ketika menyertai Neftci PFK, Honda memang sukakan cabaran baharu. Dan adakah Malaysia destinasi seterusnya? Katanya, “Saya tidak pernah terfikir akan datang ke Azerbaijan ketika mula bermain bola sepak tapi sekarang, sejujurnya saya benar-benar bersemangat untuk beraksi di lebih banyak negara.”

Sebelum menyertai Neftci PFK, beliau hampir menyertai kelab yang meminjam Safawi Rasid, Portimonense SC, namun disebabkan beliau gagal melepasi kriteria yang ditetapkan, beliau akhirnya digantung tak bertali, sebelum ke Azerbaijan.

Pemain yang memiliki hampir 100 kaps bersama skuad kebangsaan Jepun itu pastinya satu tambah nilai yang baik buat Selangor yang dilihat masih terumbang-ambing dengan DNA Jerman yang telah dicanang-canang sebelum ini.

Adakah DNA Jerman bakal bergabung dengan DNA Jepun? Penolong Pengurus Selangor, Nazzab Hidzan tidak menafikannya dan dilihat telah mengiyakannya.

Dalam rancangan Bola@Mamak terbitan Astro Arena malam tadi, beliau yang menjadi salah seorang panel jemputan telah diajukan persoalan mengenai Honda dan walaupun cuba untuk tidak terlalu mendedahkan, tetapi beliau tidak menafikannya.

“Dalam…alah benda tak thrilled nanti. Dia belum sampai lagi. Tak nafikan [ada perancangan membawa Honda],” ungkap Nazzab Hidzan dalam rancangan itu.

Mungkin benar ada cubaan daripada Selangor untuk membawanya ke saingan Liga Malaysia dan dengan dirinya yang masih berharap akan tersenarai ke Sukan Olimpik Tokyo, tawaran ini sudah amat baik untuknya daripada tidak dapat bermain.

Namun, jika benar beliau sedang menuju ke Selangor, menarik untuk dilihat, pemain import mana yang bakal menjadi korban untuk meninggalkan Selangor?

KREDIT FEATURED IMAGE: ROTP

Baca lagi artikel lain mengenai Keisuke Honda dan Selangor FC:

Inilah Punca Safawi Rasid ‘Terpaksa’ Kemas Beg Lebih Awal

Kaisuke Honda Mangsa ‘Scam’ Portimonense Selepas Safawi?

Keisuke Honda Mahu Bawa Klinik Bola Sepak ‘Soltilo Familia’ Miliknya Ke Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN