Cantona Menyesal Tak Terajang Penyokong Crystal Palace Lebih Kuat

Eric Cantona Crystal Palace

Kebiasaannya mana-mana pemain bola sepak tentunya akan menyesali perbuatan buruk yang pernah dilakukannya, apatah lagi jika kesilapan tersebut menjejaskan karier profesionalnya.

Tetapi tidak buat Eric Cantona apabila bercakap mengenai insiden ‘menerajang’ seorang penyokong Crystal Palace, Matthew Simmonds di Selhurst Park pada 26 tahun yang lalu.

Menurut penyerang legenda United itu, penyesalan terbesarnya adalah tidak membuat ‘tendangan kung-fu’ kepada penyokong berkenaan dengan lebih kuat.

“Saya pernah diejek beribu kali dan tak pernah pun memberi reaksi, tetapi ada kalanya kita akan ‘koyak’ juga,” ujar Cantona ketika ditembual oleh Dailymail.

“Saya ada satu penyesalah. Kalau boleh, saya lebih suka jika menendangnya dengan lebih kuat. Akhirnya saya tetap akan digantung selama sembilan bulan.”

Selain penggantungan selama sembilan bulan oleh FA England, beliau juga diwajibkan menyertai program khidmat komuniti dalam tempoh tersebut.

Simmons dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain panas baran itu seperti “F*ck off back to France, you French basta*d.”, tetapi dinafikan oleh penyokong Palace berkenaan.

Pemain kelahiran Perancis itu turut mendedahkan bagaimana beliau hampir keluar dari United pada musim panas berikutnya kerana dituduh melanggar syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang penggantungannya.

Namun Sir Alex Ferguson telah terbang ke Perancis untuk bertemu secara peribadi dan memujukkan untuk terus kekal di Old Trafford.

Cantona dikatakan beraksi dalam sebuah perlawanan persahabatan secara tertutup, tetapi terdepat seorang jurugambar yang sanggup memanjat pokok untuk mengambil fotonya.

“Esoknya gambar itu tersebar dan FA mahu menambah tempoh penggantungan saya. Mujurlah Sir Alex dapat melembutkan hati saya. Saya sangat menghormatinya seperti seorang ayah.

“Apabila seorang pengurus melakukan perkara seperti itu kepada pemainnya, Pasti pemain tersebut akan bermain mati-matian untuk pengurus, kelab dan juga penyokong.

“Mereka semua di belakang saya memberikan sokongan. Jika kelab lain mungkin mereka sudah menyingkirkan saya, tetapi Manchester United memberikan saya kontrak baharu, itulah beza United dengan pasukan lain.”

Selepas kembali dari penggantungan, Cantona beraksi dua musim lagi dan memenangi dua lagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) – sebelum beliau mengambil keputusan untuk bersara walaupun baru berusia 31 tahun.

Kredit Foto: Mirror Football

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Eric Cantona:

Bruno Fernandes: Terlalu Awal Nak Bandingkan Saya Dengan Cantona

Alex Ferguson Tulis Surat Perpisahan Kepada Cantona Selepas Pemain Itu Bersara

Sir Alex Pernah Tolak Tawaran Beli Zinedine Zidane Kerana Cantona

Leave a Reply