Inilah Punca Safawi Rasid ‘Terpaksa’ Kemas Beg Lebih Awal

SAFAWI-Rasid-KE-PORTUGAL_11-punca

Bekas pemain tengah Jepun, Keisuke Honda dikhabarkan semakin hampir menyertai Portimonense SC dan ini menjawab kepada punca Safawi Rasid terpaksa pulang awal.

Pemain yang menyertai Botafogo di Brazil pada Januari tahun lalu itu sebelum ini telah memberikan bayangan akan meninggalkan pasukan tersebut selepas mereka memecat pengendali, Ramon Diaz, yang tidak sempat mengendalikan sebarang perlawanan pada November lalu. Ciapnya di laman Twitternya, “Sangat mengejutkan.”

“Saya akan mula berfikir untuk meninggalkan pasukan jika mereka tidak berjaya meyakinkan saya [untuk kekal],” ciapnya kemudian mungkin sebagai tanda solidariti bersama jurulatihnya itu yang terpaksa meninggalkan pasukan sementara untuk membuat pembedahan mengeluarkan tumor. Beliau baru dilantik ketika itu.

Tidak sampai sebulan dilantik dan ada masalah kesihatan, tindakan Botafogo memecatnya dilihat sangat jelik dan tidak boleh diterima akal. Walaupun tidak mengenali Ramon Diaz secara rapat, Honda mungkin kurang gemar dengan apa yang kelab tersebut telah lakukan. Kini, menurut beberapa laporan, beliau akan ke Eropah.

Awal Disember lalu, menurut laporan media di Portugal, A Bola, Portimonense SC dikatakan berminat untuk membawa pemain berusia 34 tahun itu beraksi di sana.

Honda juga telah membuat ciapan permohonan maaf kepada penyokong Botafogo atas prestasi kurang baiknya bersama mereka selepas hanya meledak tiga gol dalam 27 perlawanan. Katanya, “Kritikan adalah perkara biasa dan saya tidak mahu memberi sebarang alasan untuknya. Saya juga sangat kecewa, jadi saya minta maaf.”

Baru-baru ini, pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid telah menamatkan lebih awal tempoh pinjamannya bersama Portimonense SC tanpa diketahui punca. Ramai menjangkakan ia terjadi mungkin atas faktor beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk tampil beraksi dan hanya beberapa kali berada di bangku simpanan.

Peminatnya di Malaysia juga sering kali ‘menyerang’ laman Facebook Portimonense SC menyatakan kekecewaan mereka terhadap ‘layanan’ kelab tersebut kepada Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual itu.

Ada juga yang berpendapat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memiliki perancangan lain buat Safawi Rasid seperti meminjamkannya ke kelab lain di Asia selepas ini.

Siapalah Safawi Rasid jika hendak dibandingkan dengan Keisuke Honda? Reputasi bekas pemain CSKA Moscow dan AC Milan itu jelas lebih besar dan boleh terus diturunkan bermain kerana pengalaman luasnya dan sudah biasa di pentas Eropah.

Portimonense SC juga sudah memiliki enam pemain asing termasuk Safawi Rasid dan jika mereka mahukan Honda untuk menyertai mereka, salah seorang pemain perlu digugurkan. Mungkin atas faktor itu dan beliau hanyalah pemain pinjaman, Safawi Rasid terpaksa mengemas beg lebih awal daripada yang sepatutnya.

Bukankah mereka memiliki ramai pemain dari Brazil? Menurut artikel Bleacher Report, mereka tidak dianggap pemain asing kerana bahasa asal mereka adalah Portugis.

KREDIT FEATURED IMAGE: FAREEZ FADZIL/MALAYSIA GAZETTE

Baca lagi artikel mengenai Safawi Rasid dan Portimonense SC:

Safawi Rasid: Saya Mahu Satu Dunia Kenali Saya

‘Harap Media Faham’ – Safawi Rasid ‘Panas’ Dengan Pihak Media?

3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN