Safawi Rasid: Saya Mahu Satu Dunia Kenali Saya

Safawi Rasid

Safawi Rasid yang baharu sahaja berlepas ke Portugal malam tadi bagi menyarung jersi kelab Primeira Liga Portugal, Portimonense S.C berazam untuk melonjakkan namanya dalam kancah bola sepak Eropah.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu turut melihat keputusannya untuk berkelana ke Portugal itu sebagai langkah penting kerana ia dapat meningkatkan lagi kualiti dan keupayaannya serta mempelajari sesuatu yang baharu dalam kariernya.

Selain itu, Safawi mahu membuktikan peluang ini sebagai pentas untuk ‘menghebahkan’ kepada dunia bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai pemain berbakat untuk diketengahkan.

”Sasaran saya yang pertamanya adalah untuk bersaing bagi merebut tempat di kesebelasan utama pasukan dan kemudiannya barulah saya mahu tampilkan sesuatu buat kelab ini,” ujar Safawi bercakap kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

”Saya pergi ke sana hanya untuk menunjukkan apa yang saya ada dan berikan sesuatu supaya kelab-kelab daripada Eropah, Asia mengetahui bahawa Malaysia mempunyai ramai pemain-pemain yang baik.”

Ketika ditanya wartawan apakah sasaran dan harapan beliau bagi tempoh lima tahun akan datang selepas mengambil keputusan untuk beraksi di Eropah, ini respon pantas dari Safawi:

”Saya berharap dan mahu satu dunia kenali saya.”

Dalam perkembangan sama, Safawi turut mengakui bahawa beliau perlu untuk cepat menyesuaikan diri dengan cabaran terutamanya dari aspek pemakanan dan fizikal. Penjaring 47 gol buat Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akan bersama Portimonense S.C selama semusim secara pinjaman.

Portimonense S.C merupakan kelab berpengkalan di Portimao, sebuah bandar pelabuhan di Algarve yang berada di selatan Portugal. Skuad yang dibimbing Antonio Folha itu kini sedang menduduki tangga ke-15 selepas mengharungi dua perlawanan liga.

Kredit featured image: Facebook Team Malaysia

Baca artikel lain dari kami mengenai Safawi Rasid:

afawi Rasid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN