Safawi Rasid Akan Berangkat Ke Portugal Malam Ini

Safawi Rasid

Pemain sayap lincah, Safawi Rasid dilaporkan akan terbang ke Portugal pada malam ini bagi meneruskan ‘kembara’ karier profesionalnya untuk beraksi bersama kelab Primeira Liga Portugal, Portimonense S.C.

Dua jaringannya ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi menjadi penutup gemilang buatnya sekali gus membantu kelab gergasi tanah air itu menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

JDT menerusi laman JOHOR Southern Tigers turut telah memuatnaik ucapan selamat maju jaya buat pemain yang menyertai kelab tersebut pada musim 2017 itu dari T-Team.

Selama empat musim menabur bakti bersama pasukan, Safawi berjaya menghasilkan 47 jaringan dan 18 bantuan jaringan pada 101 penampilannya dalam semua pertandingan disertai JDT.

Ia juga memberikan makna bahawa beliau telah menjulang empat kejuaraan Liga Super dan dua trofi Piala Malaysia serta bergelar ‘Pemain Paling Bernilai’ pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 dan 2019.

Peluang keemasan yang terhidang harus digunakan sepenuhnya oleh anak kelahiran Dungun ini untuk menyerlahkan kualiti hebat dimilikinya dan sudah pasti para peminat bola sepak tempatan mahu melihat beliau mencipta nama di Portugal.

Portimonsense SC yang kini sudah melalui dua perlawanan liga sedang menduduki tangga ke-15 hasil satu keputusan seri dan satu kekalahan yang dialami.

Meskipun 2020 adalah tahun yang muram buat seluruh dunia dan tidak terkecuali juga di Malaysia, namun perkembangan terkini melibatkan Safawi Rasid dan Luqman Hakim Shamsuddin yang lebih awal ke Belgium untuk bersama KV Kortrijk nyata telah memberikan sinar cerah buat masa depan bola sepak negara dan buat kedua-dua pemain tersebut.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai Safawi Rasid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN