Shahrel Fikri Tak Sangka Dipilih Sebagai Penyerang Terbaik ABK20 Virtual

Shahrel Fikri

Penyerang berbisa tempatan, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi menyifatkan gelaran Penyerang Terbaik 2020 yang diraih dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual sebagai satu pengiktirafan berharga untuknya selepas bergelut dengan prestasi pada musim lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak menjangka mampu mengungguli kategori tersebut pada tahun ini melihat kepada persaingan sengit daripada calon penyerang lain yang majoritinya adalah pemain import.

Namun, Shahrel bersyukur apabila usaha keras dan penat lelah mengharungi musim 2020 bersama Perak terbayar dengan kemenangan untuk dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik buat kali kedua sejak kali pertama memenangi kategori itu pada tahun 2017.

Jelasnya, musim 2020 ibarat memberi nafas baru kepada kariernya selepas bergelut dengan prestasi hambar pada musim lalu selain sukar untuk mendapatkan minit permainan, justeru dengan trofi yang dimenangi tahun ini pastinya akan memberi motivasi lebih tinggi untuk Shahrel bersama pasukan baharu, Selangor musim depan.

“Memang saya tidak menyangka trofi ini akan menjadi milik saya kerana kalau kita tengok ada 7 calon import yang sememangnya cukup berkualiti dan bukan mudah untuk ditandingi.

“Namun, saya bersyukur kerana usaha saya untuk menampilkan prestasi terbaik atas padang berbaloi dan semestinya anugerah yang diterima ini menjadi penghormatan kepada saya untuk buat lebih baik pada masa hadapan.

“Kali terakhir saya menang 2017, dan saya tidak tercalon pada 2019 kerana kurang menyerlah, jadi musim ini sememangnya musim yang cukup bertuah untuk saya, dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat terutamanya rakan pasukan dan barisan jurulatih.

“Trofi ini juga saya tujukan kepada keluarga saya atas sokongan tidak henti, dan pastinya penyokong juga yang turut sama mengundi untuk ABK20 ini,” tambah Shahrel Fikri lagi.

Shahrel membawa pulang dua trofi pada musim ini apabila turut dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Tempatan CIMB Liga Super 2020.

Kredit featured image: Football Association of Malaysia

Baca artikel lain dari kami mengenai Shahrel:

RASMI: Shahrel Fikri Sah Bergelar Pemain Baharu Selangor FC

Adly Shah: Segalanya Terletak Di Tangan Shahrel Fikri

Irfan Zakaria: Bukan Tugas Mudah Nak Kawal Shahrel Fikri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN