5 Yuran Perpindahan Termahal Melibatkan Pengurus Berpindah Kelab

Yuran perpindahan bukanlah perkara asing di dalam bola sepak, dengan kelab sanggup berbelanja ratusan juta untuk mendapatkan pemain yang mereka mahukan setiap kali jendela perpindahan dibuka.

Walaupun pembayaran yuran perpindahan adalah amalan biasa melibatkan perpindahan pemain, ia sebenarnya bukan perkara biasa apabila melibatkan jurulatih dan pengurus pasukan.

Kebiasaannya kelab akan melantik pengurus dan jurulatih yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan. Namun dewasa ini keadaan semakin berbeza apabila kelab sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan pengurus yang mereka idamkan.

Berikut adalah senarai lima pengurus yang penghijrahan mereka melibatkan yuran perpindahan terbesar setakat ini.

5.Jose Mourinho, Inter Milan ke Real Madrid, €8 juta

Selepas Jose Mourinho cemerlang bersama Inter Milan meraih gelaran treble pada musim 2009/10, pengurus Portugal itu pantas mendapat perhatian Real Madrid. Ia bukan perkara menghairankan setelah Mourinho turut cemerang membantu Inter menafikan kemaraan Barcelona di separuh akhir.

Untuk itu, Real Madrid dilaporkan terpaksa membayar Inter sebanyak €8 juta untuk khidmat Mourinho. Semuanya berjalan dengan lancar dan Mourinho berjaya membantu Los Blancos meraih satu kejuaraan La Liga, satu kejuaraan Copa del Rey dan satu Supercopa des Espana. Kita taahu apa berlaku selepas itu. Seperti kebiasaan, Mourinho secara tiba-tiba mempunyai masalah dengan semua pihak di Real Madrid.

4. Rúben Amorim, Braga ke Sporting, €10 juta

Ruben Amorim adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan Portugal yang memiliki 14 caps dan bersara daripada bola sepak pada 2016 sebelum memilih kerjaya di dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan. Pada usia 38 tahun pada hari ini, Amorim dianggap sebagai salah seorang pengurus muda berbakat.

Kali terakhir Sporting Lisbon menjuarai Primera Liga ialah pada 2002. Terdesak untuk mengulangi kejayaan lalu, Sporting sanggup membawa masuk Amorim dari Braga dan membelanjakan €10 juta untuk berbuat demikian. Setakat ini langkah itu ternyata berkesan apabila Sporting berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan enam mata ke atas Porto di kedudukan kedua. Sporting juga tidak pernah tewas dalam semua 29 perlawanan yang dilalui mereka pada musim ini.

3. Brendan Rodgers, Celtic ke Leicester City, €10.5  juta

Brendan Rodgers
Kejuaraan ‘treble’ buat Rodgers. Kredit foto: The Scottish Sun

Brendan Rodgers memiliki reputasi menampilkan bola sepak cantik di Premier League ketika bersama Swansea. Beliau berjaya membawa Swansea memperolehi promosi ke Premier League pada musim  2011/12 melalui perlawanan play-off pada musim sebelumnya. Kejayaan tersebut menyebabkan Rodgers disambar oleh Liverpool pada musim 2012/13 namun mungkin kerana masih kurang pengalaman, kerjaya Rodgers di Liverpool serba tidak menjadi.

Beliau kemudiannya menyertai Celtic pada musim 2016/17 dan berjaya memperbaiki reputasi beliau sebagai salah seorang jurulatih moden di dalam bola sepak dengan membantu kelab Scotland itu meraih dua kejuaraan Scottih Premiership di antara 2016 sehingga 2018. Kejayaan tersebut menyebabkan Leicester City sanggup membayar Celtic €10.5  juta untuk menebus kontrak beliau. Selepas dua musim bersama Leicester, Brendan Rodgers berjaya mengubah Leicester sebagai salah sebuah kelab utama yang bersaing untuk aksi di Champions League seperti pada hari ini.

2. Andre Villas-Boas, Porto ke Chelsea, €15 juta

Andre Villas-Boas dilihat sebagai jelmaan Jose Mourinho apabila dibawa masuk ke Stamford Bridge selepas kejayaan bersama Porto. Kejayaan Villas-Boas membimbing Porto sehingga muncul juara Primera Liga, Taca de Portugal dan Europa League pada musim 2010/11 cukup untuk meyakinkan Chelsea membayar €15 juta untuk khidmatnya.

Villas-Boas bagaimanapun tidak berapa menjadi di Chelsea dan tidak bertahan selama semusim apabila dipecat dari jawatannya di Chelsea walaupun tidak sampai semusim mengemudi pasukan dari London itu.

1. Julian Nagelsmann, Red Bull Leipzig ke Bayern Munich, €25 juta

Nagelsmann
(Photo by TF-Images/Getty Images)

Nagelmann sebenarnya bukan lagi nama asing di dalam bola sepak eropah. Beliau adalah pengurus termuda melakukan penampilan di Bundesliga apabila mengemudi Hoffenheim pada 2015 pada usia 28 tahun.

Beliau berjaya menyelamatkan kelab tersebut ketika itu sebelum menempatka Hoffenheim di empat kedudukan teratas Bundesliga pada musim penuh pertamanya.

Bayern dan Leipzig dikatakan mulai berbincang mengenai yuran perpindahan sejak minggu lalu lagi untuk merealisasikan penghijrahan Nagelsmann menjadi kenyataan.

Tiada nilai tertentu telah diumumkan secara rasmi, namun sumber dari The Athletic mendedahkan Bayern harus membayar Leipzig €25

Baca artikel menarik mengenai pengurus eropah:

Koleksi Gambar Rare Pengurus Kelab Premier League Masa Muda

5 Calon Berpotensi Bergelar Pengurus Terbaik Premier League Musim 2020/21

Mereka ini Adalah Merupakan Pengurus Generasi Baru Di Liga Inggeris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN