Kaisuke Honda Mangsa ‘Scam’ Portimonense Selepas Safawi?

Kaisuke Honda Portimonense

Portimonense SC telah membuat keputusan mengejut dengan menamatkan kontrak Kaisuke Honda yang hanya sempat menyertai kelab liga Portugal tersebut selama lima hari.

Pemain tengah Jepun itu baru sahaja diperkenalkan dalam satu majlis pada minggu lepas dan menandatangani kontrak selama enam bulan bersama kelab Liga Primeira tersebut dengan pilihan sambungan setahun.

Honda merupakan ‘legenda hidup’ Jepun yang masih aktif bermain sehingga kini dan pernah beraksi bersama AC Milan, CSKA Moscow, Melbourne Victory dan Vitesse Arnhem sebelum menyertai Botafogo pada tahun lalu.

Selepas meninggalkan kelab Brazil tersebut pada Disember, ikon bola sepak Jepun itu memilih Portimonense sebagai destinasi terbaharunya dan bertekad mahu membantu Portimonense yang sedang bergelut di zon bahaya dalam saingan liga.

Namun perancangan untuk beraksi bersama kelab kesembilan dalam kariernya itu musnah selepas kelab itu memberi alasan gagal mendaftarkan Honda kerana ‘isu teknikal’.

Puncanya adalah kerana kecuaian pihak pengurusan kelab yang beranggapan tiada masalah untuk mereka menandatangani pemain ejen bebas di luar jendela perpindahan Eropah yang telah ditutup pada awal Februari lalu.

Namun difahamkan Liga Primeira telah menetapkan peraturan pemain ejen bebas yang boleh dibawa masuk adalah pemain yang berstatus ejen bebas sebelum atau pada Oktober tahun sebelumnya.

Maka Portimonense terpaksa berunding dengan Honda untuk menamatkan kontrak dengan persetujuan kedua-dua pihak dan beliau ‘disingkirkan’ tanpa sempat membuat sebarang penampilan.

Sungguhpun alasan tersebut jelas tidak masuk akal kerana tidak mungkin pihak pengurusan kelab tidak peka dengan peraturan perpindahan, namun Honda terpaksa akur dan perlu mencari kelab baharu untuk menghidupkan peluangnya untuk mewakili Jepun di Sukan Olimpik.

Keadaan yang menimpa Honda itu seakan-akan mengulangi nasib yang diterima oleh penyerang kebangsaan Safawi Rasid yang pulang ke tanah air tanpa sempat beraksi walaupun satu perlawanan untuk skuad utama Portimonense.

Tempoh pinjamannya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah dipendekkan dan beliau kini kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan bagi memulakan cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu ini.

Perkembangan tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sehingga ada yang bertindak menyerang akaun media sosial kelab berkenaan dan menuduh mereka sebagai ‘scammer’ yang hanya mahu meluaskan pengaruh dan popularitinya dalam kalangan peminat bola sepak di benua asia.

Kredit Foto: Portimonense

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kaisuke Honda dan Portimonense SC:

Mungkinkah Safawi Rasid Tempuhi Apa Yang Diceritakan Hidetoshi Nakata Ini?

“Messi Pun 2×5 Safawi”: Penting Sangatkah Bahasa Inggeris Di Dalam Bola Sepak?

3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN