Pengadil Wanita Hentikan Perlawanan Selepas Diejek ‘Balik Basuh Pinggan’ Oleh Penonton

Di zaman moden, bola sepak bukan lagi permainan eksklusif bagi lelaki sahaja. Malah, wanita juga sudah makin minat menceburi karier dalam sukan ini.

Mereka bukan setakat menjadi pemain dan pengurus pasukan seperti Corrine Diacre dan Chan Yuen-ting. Bahkan ada yang menjadi pengadil juga.

Namun kadang-kala ada juga sebahagian daripada kaum Adam ini tidak boleh menerima hakikat penglibatan kaum Hawa dalam bola sepak.

Lalu, dihemburkan cacian berbaur diskriminasi terhadap wanita kepada mereka.

“Pergi basuh pingganlah!”

Perkara ini terjadi di Catalan, Sepanyol apabila berlangsungnya sebuah perlawanan bola sepak liga divisyen 2 Catalan. Perlawanan ini melibatkan 2 pasukan iaitu tuan rumah, UE Valls dengan Cambrils Unio.

Aksi liga tersebut diadili oleh 3 orang pengadil dengan Marta Galego merupakan pengadil wanita yang mengendalikan perlawanan berkenaan.

Galego dibantu oleh 2 lagi penjaga garisan yang masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita.

Sumber: Diario AS
Sumber: Diario AS

Namun, tugas Galego untuk mengadili perlawanan tidak berjalan lancar seperti selalu.

Selepas 23 minit perlawanan berlangsung, terdapat satu insiden yang kurang enak berlaku.

Galego dicemuh oleh seorang penonton yang tak berpuas hati dengan keputusannya dan dilontarkan dengan kata-kata berbaur diskriminasi. Penonton tersebut menjerit:

“Pergi balik basuh pingganlah!”

Disebabkan itu, Galego dengan serta mertanya memberhentikan perlawanan itu untuk sementara waktu.

Penonton yang menghina Galego itu kemudiannya dihalau oleh pegawai stadium. Lebih memeranjatkan lagi adalah penonton yang dihalau itu adalah ahli kelab UE Valls sendiri!

Namun, penonton tersebut tetap berdegil.

Beliau masih di dalam stadium selepas perlawanan disambung semula dan pegawai stadium terpaksa mengambil masa 3 minit untuk menghalau beliau keluar.

Para penonton yang lain kemudiannya memberikan tepukan gemuruh kepada Galego kerana berani dan tegas dalam perlawanan tersebut.

Sumber: Facebook UE Valls
Sumber: Facebook UE Valls

Beliau dilihat mencatitkan sesuatu dalam buku notanya selepas penonton itu dihalau, dipercayai menulis laporan mengenai insiden tersebut untuk dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Catalan (FCF).

Tiada ruang untuk diskriminasi di Catalan

Di mata penonton, Galego menjalankan tugas dengan baik apabila berjaya mengendalikan perlawanan dengan baik meskipun terdapat insiden yang tidak diingini berlaku.

Begitu juga dimata FCF. Galego telah melaksanakan peraturan yang mampu menghalang daripada sorakan berbaur diskriminasi berlaku di dalam perlawanan bola sepak.

Hal ini kerana di Catalan terdapat kempen yang diberi nama “Zero Insults In The Stand” (Sifar Penghinaan Dari Teres Penyokong).

Kempen tersebut adalah untuk memastikan tiada sorakan berbaur penghinaan berlaku ketika perlawanan bola sepak.

Menerusi kempen ini, pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan permainan secara serta-merta apabila insiden sebegitu rupa berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

Menurut peraturan ini, jika perlawanan tersebut diberhentikan sebanyak 3 kali akibat punca yang sama, perlawanan itu akan dibatalkan terus serta merta.

Baca juga: Kenali Chan Yuen-Ting, Wanita Pertama Di Dunia Latih Pasukan Lelaki Jadi Juara Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN