Kenali Pengadil Perempuan Pertama Bertudung Di Itali: Chahida Chekkafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kehadiran pengadil perempuan dalam acara bola sepak lelaki bukanlah satu perkara baru. Malah di Malaysia sendiri, terdapat 3 orang wanita yang tersenarai dalam senarai pengadil bola sepak FIFA dan mempunyai lesen untuk menjadi pengadil di peringkat antarabangsa.

Nama seperti Rita Ghani, Nur Akmal Anuar dan Widiya Habibah Shamsuri sering meniti bibir peminat bola sepak negara ini tatkala berbicara tentang pengadil dan pembantu pengadil wanita.

Fakta padu: Di rantau Asia Tenggara, Myanmar mempunyai jumlah bilangan pengadil dan pembantu pengadil wanita paling ramai dengan 6 orang, diikuti Vietnam (5), Thailand (5), Malaysia (3), Singapura (2) dan Filipina (1). Indonesia? Masih ngak ada, mas!

Namun, tiada siapa dapat menandingi kehebatan Chahida Chekkafi, pengadil perempuan yang menjadi pengadil perlawanan bola sepak lelaki. Masakan tidak, dia merupakan pengadil bertudung dan menutup aurat yang pertama di Itali!

Di sebalik perwatakan sopan dan raut wajah cantik Chahida, beliau sebenarnya seorang pengadil yang sangat tegas di atas padang. Chahida yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17 tahun ini, merupakan seorang pengadil sambilan yang mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada Kesatuan Pengadil Itali. Nama beliau mula terkenal di internet selepas beliau menjadi pengadil perlawanan liga remaja di utara Itali antara pasukan San Luigi dan Karimou Stridevar.

Tegas : Walaupun seorang perempuan, Chahida tidak teragak-agak untuk meniup wisel dan menayangkan kad kepada pemain.

Gadis yang lahir dan membesar di Itali ini sebenarnya mempunyai keluarga yang berasal dari Morocco. Menyentuh soal latar belakangnya, minat itu timbul dari penglibatan ibu Chahida yang merupakan seorang pemain bola sepak wanita. Chahida tampak tidak kekok mengenakan hijab dan menutup aurat dalam mengendalikan perlawanan bola sepak.

Melihatkan ketegasan dan prestasi Chahida di padang, akhbar Italia Corriere Della Sera menayangkan wajah Chahida di muka depan, lengkap dengan pujian dari Presiden Kesatuan Pengadil Itali, Marcello Nicchi. Nicchi menggambarkan Chahida Chekkafi sebagai gadis yang pemalu dan masih sangat muda, tetapi dia memiliki bakat dan tahu cara untuk mewujudkan impiannya.

Petikan ahbar Corella Della Sera mengenai Chahida.

Jika dirinya mampu memimpin pertandingan dengan baik, tidak mustahil suatu hari nanti kita boleh melihat Chahida mengadili perlawanan Serie A antara Juventus dan Napoli. Atau mungkin, kita juga boleh melihat Chahida mengadili perlawanan di Piala Dunia.

Segalanya tampak mungkin bagi gadis cantik ini. Apa kata anda?

Untuk menyaksikan aksi Chahida Chekkafi, kami berikan anda video ini :

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U