Bintang yang ingin menyinar kembali, Yaya Sonogo

Semasa bermain Football Manager 2011, Yaya Sonogo merupakan antara permain pertama yang Abang beli untuk develop, kerana murah & merupakan antara pemain yang dikategorikan sebagai ‘Wonderkid’. Jika diberi pendedahan dan pengalaman bermain serta latihan bersama pasukan utama biasanya ‘wonderkid’ ini akan menjadi pemain yang berbakat untuk pasukan anda. Antara senarai ‘wonderkid’ ketika itu ialah Neymar, Eden Hazard, Thomas Muller, Toni Kroos & Harry Kane.

Kini berumur 21 tahun, mempunyai tubuh yang tegap, berketinggian 1.9m dan mempunyai larian yang pantas adalah pakej lengkap untuk Yaya Sonogo beraksi sebagai penyerang remaja utama untuk Perancis. Beliau telah beraksi untuk Perancis bawah 16, 17, 19, 20, 21 dan menjaringkan 39 gol daripada 61 penampilan. Rekod yang baik bagi seorang pemain muda berbakat.

kredit pic: fnews.com
kredit pic: fnews.com

Dengan rekod yang begitu baik, tidak hairanlah Arsene Wenger begitu meminati pemain ini dan berjaya mendapatkan tandatangan beliau bermain untuk Arsenal bersama 2 lagi pemain Perancis iaitu Abou Diaby dan Bacary Sagna. Peminat Arsenal mengharapkan satu lagi Theiry Henry bakal lahir dan menjangkakan beliau tidak akan menghadapi masalah untuk mengegarkan EPL.

kredit pic: amebosport.com
kredit pic: amebosport.com

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Untuk musim 2013-2014, kemasukan bintang Jerman iaitu Mesut Ozil yang begitu selesa bermain di belakang penyerang utama telah memaksa Arsenal lebih banyak bermain secara formasi 4-5-1.  Penyerang utama Arsenal, Olivier Giroud begitu berbisa di hadapan pintu gol dengan 22 gol daripada 51 penampilan telah menghadkan lagi peluang Sonogo untuk beraksi di dalam kesebelasan utama. Musim 2014, kemasukan pemain seperti Danny Welbeck and Alexis Sanchez menyebabkan persaingan untuk merebut tempat semakin sukar buat Yaya Sonogo.

Arsene Wenger terus menaruh harapan buat Sonogo untuk beraksi cemerlang, tetapi peluang yang terhad untuk beraksi bersama Arsenal akan menyukarkan usaha beliau. Oleh itu, beliau merasakan perpindahan secara pinjaman ke Crystal Palace merupakan jalan terbaik buat Sonogo untuk terus mendapatkan masa permainan. Arsene Wenger telah menolak tawaran daripada Bordeaux untuk mendapatkan Sonogo, kerana beliau ingin melihat Sonogo terus beraksi di dalam EPL. Ini memudahkan Arsenal memantau prestasi beliau dan memberikan pengalaman berharga buatnya, seterusnya merebut kembali peluang bermain bersama Arsenal. Adakah beliau berjaya ? Tempoh 6 bulan akan datang bakal menjadi penentu.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN