Ukraine Tak Mahu Lawan Kosovo Di Tempat Sendiri, Protes Kemerdekaan Kosovo

Sukan sepatutnya menjadi wadah untuk mengeratkan perpaduan antara sesama manusia.

Namun, kadang kala ada juga yang menjadikan sukan sebagai medium untuk melanjutkan lagi perseteruan politik. Yang menjadi mangsa adalah sukan bola sepak itu sendiri.

Inilah yang terjadi baru-baru ini di Eropah apabila UEFA mengesahkan keahlian Republik Kosovo sebagai ahli terbaru mereka pada Mei 2016 yang lepas.

Masalah timbul apabila Serbia (dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang kuat dengan Serbia) enggan mengakui kewujudan Republik Kosovo sebagai sebuah negara.

Latar belakang Kosovo

Selepas empayar Yugoslavia berpecah (sehingga menyebabkan Perang Kosovo-Serbia meletus), Serbia mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah wilayah autonomi yang mempunyai kuasa pemerintahan sendiri. Tetapi wilayah Kosovo masih milik Serbia.

Tetapi dari perspektif Kosovo, alang-alang mereka sudah mempunyai hak pemerintahan sendiri, mereka mahukan kemerdekaan terus.

Akhirnya pada 17 Februari 2008, Kosovo mengumumkan kemerdekaan untuk menjadi Republik Kosovo.

Tetapi Serbia berkeras tak mahu mengiktiraf kemerdekaan Kosovo kerana mendakwa Kosovo adalah wilayah mereka.

Turut menyokong Serbia adalah dua lagi kuasa besar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang mempunyai kuasa veto, Russia dan China.

Tetapi 3 lagi pemegang kuasa veto dalam UN, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis mengiktiraf kemerdekaan Kosovo. Begitu juga dengan 106 ahli-ahli UN yang lain, termasuklah Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, penduduk Kosovo mempunyai dua etnik – Albania (majoriti) dan Serbia (minoriti). 95% penduduk Kosovo beragama Islam.

Ukraine sokong Serbia

Selepas seri 1-1 dengan Finland (pada 3 hari lepas, 5 September 2016) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pertama mereka selepas sah menjadi ahli UEFA, Kosovo bakal menentang Croatia dan Ukraine.

Menentang Croatia yang mengiktiraf kemerdekaan mereka, pemain bola sepak Kosovo tidak berdepan sebarang masalah.

Tetapi menentang Ukraine (tuan rumah) yang juga merupakan sekutu kuat Serbia dalam hubungan diplomatik, pemain Kosovo berdepan masalah.

Sebagai sekutu Serbia, Ukraine juga tidak mengiktiraf kemerdekaan Kosovo. Oleh itu, passport Kosovo tidak diiktiraf oleh kerajaan Ukraine sebagai dokumen perjalanan yang sah.

Keputusan itu dibuat kerajaan Ukraine untuk ‘menjaga hubungan baik dengan Serbia’.

Bukan sahaja bola sepak. Malah atlet bola keranjang Kosovo yang bakal menentang Ukraine dalam kejohanan EuroBasket juga akan bermain di gelanggang neutral di luar Ukraine.

Sebagai rekod, perlawanan antara Finland dan Kosovo berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan tersebut, pemain Red Bull Salzburg Valon Berisha menjadi pemain pertama dalam sejarah Kosovo yang menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.

Kosovo berada dalam kumpulan I kelayakan Piala Dunia FIFA bersama-sama Ukraine, Finland, Iceland, Croatia dan Turki.

Mereka kini berada di tangga ke 190 ranking FIFA. Dengan ‘keajaiban’ yang sentiasa dipamerkan FAM, tak mustahil ranking mereka akan melepasi ranking Malaysia dalam masa terdekat.

Baca juga: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semasa Perlawanan Serbia Menentang Albania Semalam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN