Bolehkah Wanita Menjadi Jurulatih Bola Sepak Lelaki?

Bayangkan di sekolah menengah. Kejohanan bola sepak MSSD bakal berlangsung. Tetapi sesi pemilihan pemain skuad bola sepak sekolah itu dikendalikan oleh cikgu perempuan.

Bayangkan situasi ini berlaku kepada anda.

Kami perkenalkan anda kepada Corinne Diacre (sebutannya ko-rin di-ar).

Beliau merupakan pengurus pasukan (merangkap ketua jurulatih) Clermont Foot. Sebuah pasukan bola sepak profesional Ligue 2 Perancis.

Diacre bagaimanapun bukanlah ketua jurulatih wanita pertama yang melatih pasukan bola sepak lelaki. Rekod itu milik Caroline Morace. Pada tahun 1999, Morace pernah dilantik sebagai pengurus kelab divisyen ke-3 Itali, Viterbase.

Tetapi Morace meletakkan jawatan hanya selepas 2 perlawanan. Gara-gara bergaduh dengan pengerusi kelab.

Malah sebelum Diacre dilantik, Clermont Foot sebenarnya sudah melantik Helena Costa – juga wanita – sebagai ketua jurulatih mereka. Tetapi belum sempat jadual Ligue 2 2014/2015 bermula, Costa meletakkan jawatan.

Costa mendakwa tidak mendapat rasa hormat dan profesionalisme daripada staf-staf bawahannya yang majoritinya lelaki.

Apa yang peliknya, apabila jawatan itu diserah kepada Diacre, Diacre tidak mempunyai apa-apa masalah dengan staf lelakinya.

Musim lepas, Clermont Foot menduduki tangga ke-12 Ligue 2.

Adakah wanita boleh menjadi ketua jurulatih pasukan lelaki?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu bertanya soalan paling utama dahulu. Adakah dia berkelayakan?

Adakah dia mempunyai lesen kejurulatihan? Adakah dia sanggup hidup dalam bola sepak 24/7? Adakah dia mempunyai visi untuk menang?

Jika ada, maka tak kiralah dia lelaki atau perempuan, dia layak untuk menjadi ketua jurulatih. Termasuklah ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki.

Isu ini berkait rapat dengan isu kesaksamaan jantina (gender equality).

Isu kesaksamaan jantina

Sejarah telah menceritakan bahawa wanita telah lama dikelaskan sebagai lemah (inferior) berbanding lelaki.

Orang Arab pada kurun ke-5 menanam hidup-hidup anak perempuan mereka sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Dalam sejarah kuno Greek, wanita dianggap sebagai harta (property).

Wanita dalam empayar Rom pula lebih bernasib baik. Mereka lebih bebas dan boleh bersosial. Tetapi hak ini terhad kepada wanita daripada golongan atasan dan kaya-raya.

Sejak kejayaan gerakan Suffrage pada awal kurun ke-19, wanita masa kini lebih beruntung berbanding wanita dalam buku sejarah.

Jadi wanita sepatutnya mengambil peluang untuk menjadi ketua jurulatih bola sepak jika mempunyai minat dan keinginan untuk belajar. Kita sudah menyaksikan pengadil wanita mengadili perlawanan bola sepak lelaki.

Sudah sampainya masa kita melihat lebih ramai pengurus bola sepak wanita muncul.

Baca juga: 17 KATA-KATA JOHAN CRUYFF YANG MENGUBAH CARA ANDA BERFIKIR TENTANG BOLA SEPAK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN