Pemilik UKM FC, Sulaiman Hussin Boleh Dipecat Sebagai Jurulatih

Sulaiman Husin Liga-M

Pemilik dan pengarah UKM FC, Sulaiman Hussin yang juga merupakan pengendali pasukan, tidak kebal daripada dipecat jika tidak capai Indeks Prestasi Utama (KPI).

Itu merupakan penegasan daripada pengurus pasukan, Fairus Shafie yang juga salah seorang daripada empat pengarah Varsity Boys Sdn Bhd yang merupakan pemilik UKM FC. Jelasnya, Sulaiman Hussin ada KPI yang perlu dicapainya musim ini.

Menurutnya, “Saya tidak boleh jamin kedudukannya [untuk musim hadapan] kerana dia ada KPI yang perlu dicapai musim ini. Kalau dia berjaya, dia akan dikekalkan tetapi jika kita gagal ke Piala Malaysia, kita akan lihat semula [kedudukannya].”

https://twitter.com/zulhilmibzainal/status/1313029424774750209

Ketika ini, UKM FC berada di kedudukan ke-10 Liga Premier dengan hanya sembilan mata hasil dua kemenangan dalam 10 perlawanan. Berbaki satu perlawanan, tampak kian sukar untuk skuad tersebut layak beraksi di saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pelantikan Sulaiman Hussin sebagai pengarah dan pemilik UKM FC, Fairus berkata, “Tiada isu mengenai pelantikannya sebagai pengarah. Kita ada Ahli Lembaga Pengarah yang mana boleh membuat keputusan.”

Walaubagaimanapun, semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat isu Sulaiman Hussin yang merupakan jurulatih dan pemilik syarikat Varsity Boys Sdn Bhd agak membingungkan dan memohon mereka tampil memberi penjelasan.

Stuart Ramalingam fam
Stuart Ramalingam di sidang media selepas mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB), semalam. FOTO: Bernama

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dipetik berkata yang satu penjelasan terperinci diperlukan membabitkan kemampuan daripada segi kewangan dalam memacu syarikat terbabit untuk mengendalikan UKM FC dalam saingan liga.

Jelasnya pada sidang media selepas mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) FAM, “Pada masa sama meletakkan seorang jurulatih sebagai pengarah syarikat turut menimbulkan keraguan berkaitan kemampuan terutama membabitkan kewangan.”

Apakah nasib UKM FC untuk saingan musim hadapan? Apa yang dimaklumkan di sidang media, mereka hanya sekadar diberikan lesen kebangsaan bersyarat kerana masih belum melengkapkan sepenuhnya dokumen-dokumen berkaitan.

Adakah dibolehkan untuk seorang jurulatih pasukan menjadi pemilik kelab? Boleh atau tidak, ia kelihatan agak janggal dan satu-satunya di Malaysia. Menurut laporan Vocket FC, nampaknya hanya UKM FC memiliki pemilik yang juga adalah jurulatih mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: UKM FC

Baca lagi artikel mengenai Sulaiman Hussin dan UKM FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN