Aidil Sharin Belum Buat Keputusan Masa Depannya Bersama Kedah

Aidil Sharin Kedah Melaka United masa depannya liga super 2020

Aidil Sharin tidak terlepas daripada soalan daripada pihak media mengenai masa depannya ketika Kedah berjaya menang 1-0 ke atas Melaka United, malam tadi.

Tidak menjawab secara terus soalan, Aidil Sharin dilihat bermain teka-teki apabila berkata yang keputusannya akan dimuktamadkan selepas perlawanan menentang Perak, minggu depan. Ia umpama perlawanan penentu buat segalanya untuk Kedah.

Ini kerana, Perak dan Kedah sedang bersaing rapat untuk slot ke kejohanan Piala AFC musim hadapan dengan pemenang perlawanan tersebut akan mendapat tiket dan jika ia berkesudahan dengan keputusan seri, Kedah yang akan melayakkan diri.

Jadi, ia juga mungkin bakal menentukan masa depannya bersama Kedah. Aidil Sharin sudah dua musim bersama Kedah dan membantu pasukan tersebut meraih kejuaraan Piala FA 2019, selain layak beraksi di pusingan playoff AFC Champions League (ACL).

Sebelum ini, Aidil Sharin dikhabarkan mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bertindak segera mengenai tawaran kontrak musim baharu dan akhirnya telah ditawarkan kontrak baharu selepas itu. Sehingga kini, tiada keputusan diberikan.

“Berkaitan untuk menerima tawaran daripada Kedah pada musim depan, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara terbabit dan mahu menentukannya selepas habis perlawanan menentang Perak nanti,” jelasnya mengenai tawaran kontrak kepadanya.

Tambahnya lagi, “Saya tengok keadaan sekarang ini semakin baik, terima kasih kepada pengurusan kerana menyelesaikan tunggakan gaji selain turut menyuntik semangat kepada pemain untuk terus mencipta kejayaan pada perlawanan akan datang.”

“Jika keadaan baik, kenapa tidak saya menerima tawaran daripada Kedah kerana semuanya tiada masalah dan saya menyukai suasana pasukan itu,” ulas Aidil Sharin lagi sambil memberikan petanda mengenai masa depannya bersama Helang Merah.

Kedah dalam momentum terbaik selepas CIMB Liga Super kembali bersambung pada Ogos apabila menang lima daripada enam perlawanan dengan satu-satunya kekalahan adalah pada minggu lalu ketika tunduk kepada Pahang di Stadium Darul Makmur.

Kedah dan Perak bertembung antara satu sama lain pada perlawanan pra-musim yang lalu dalam perlawanan persahabatan tahunan iaitu Unity Shield yang menyaksikan Perak menang 3-1 di Stadium Perak, Ipoh. Siapa akan menang pada Sabtu ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: FA KEDAH

Baca lagi artikel lain mengenai Aidil Sharin dan Kedah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN