Pemain Kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin Bakal Sertai JDT?

Stuart Wilkin JDT

Kelibat pemain berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin yang dikesan sedang menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) di pusat latihan Padang Seri Gelam baru-baru ini telah mencetuskan persoalan.

Berdasarkan carian beberapa sumber di internet, pemain muda berusia 22 tahun itu kini bertapak di Amerika Syarikat dan beraksi untuk MO State Bears, sebuah pasukan tempatnya sedang melanjutkan pengajian iaitu Missouri State University.

https://www.instagram.com/p/CGgTotHnYyL/?utm_source=ig_web_copy_link

Dua tahun lalu, produk akademi Southampton ini dilaporkan berminat untuk menyarung jersi skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ketika mewakili skuad muda Southampton FC, beliau membuat 20 penampilan dalam saingan Liga Remaja musim 2015/2016 dan satu penampilan dalam saingan Piala FA Remaja.

Mampu beraksi di posisi tengah dan sayap kiri, beliau berjaya menjaringkan 4 gol serta 12 bantuan jaringan pada musim tersebut.

Keberadaannya di Johor Bharu kini telah menimbulkan tanda tanya, adakah beliau sedang menjalani sesi percubaan, ataupun sudah diikat oleh juara Liga Super 2020 tersebut?

Adakah mungkin beliau prospek masa depan untuk menggantikan Gonzalo Cabrera?

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Baca juga artikel kami yang lain mengenai JDT:

Benjamin Mora: JDT Tiada Tuah!

Pemerhati Bebas: Undian Piala Malaysia Telus, Tuah Berpihak Kepada JDT

Kurang Menyengat Di Saingan ACL Punca Diogo Dilepaskan JDT Ke Thailand Semula?

Leave a Reply