Tidak Mahu Barcelona, Mauricio Pochettino Idamkan Manchester United

Mauricio Pochettino

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dikhabarkan begitu berminat untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United.

Beliau yang sebenarnya sudah menyatakan hasrat mengenai jawatan itu sejak Disember lalu kini dikatakan sudah didekati oleh pihak kelab.

Menurut Manchester Evening News, pihak Manchester United telah pun berjumpa dengan wakil Pochettino untuk potensi menggantikan Solskjaer andai kata prestasi pasukan terus merudum.

Pochettino yang sudah lama tidak menguruskan mana-mana pasukan, mengakui yang beliau kini bersedia untuk melakukan kemunculan semula.

“Saya sentiasa bersedia untuk kembali dan terlibat dengan bola sepak semula.”

“Saya harap dapat kembali semula dan kembali bekerja, saya begitu teruja untuk kembali kerana saya sukakannya walaupun ianya sukar.”

Pochettino jelas sekali begitu mahukan kerja di Manchester United, kerana pengurus dari Argentina itu dilihat tidak berminat untuk menguruskan Barcelona.

Beliau turut dikaitkan dengan kepulangan ke La Liga sebelum ini namun Pochettino dilihat tidak berminat untuk ke sana.

Pochettino telah menolak dua kali tawaran untuk ke Barcelona sebelum ini kerana beliau begitu yakin akan memperoleh kerja di Manchester United.

Tambahan pula, ianya dilihat “tidak manis” untuk seorang bekas pengurus Espanyol menjadi pengurus musuh setempat mereka pula.

Disebalik potensi kehadiran Pochettino ke Manchester United, kedudukan Solskjaer dikatakan masih lagi selamat di kelab walaupun melalui beberapa siri kekalahan.

Kekalahan ditangan kelab yang baru berusia 30 tahun dari Turki, Istanbul Basaksehir dalam aksi Eropah meletakkan pengurus dari Norway dalam segala macam kutukan.

Kerjayanya masih lagi selamat, tetapi jika tewas ditangan Everton pengurusan tertinggi kelab mungkin akan memikirkan semula kedudukan Solskjaer.

Baca juga artikel kami mengenai Mauricio Pochettino:

Kalah Berturut-Turut, Real Madrid Mula Hubungi Mauricio Pochettino

Pelik Kalau Pochettino Jadi Jurulatih Barcelona, Tapi Tak Mustahil

Tawaran Gaji Lumayan RM102 Juta Setahun Buat Pochettino

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN