Benjamin Mora: JDT Tiada Tuah!

JDT Kuching FA Piala Malaysia 2020 Tiada Tuah

Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada tuah. Itu ungkapan pengendalinya, Benjamin Mora selepas menang 1-0 ke atas Kuching FA di pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020.

Melihatkan statistik sebelum ini di saingan Liga Super, JDT memiliki jentera serangan yang sangat ampuh. Malah, dalam dua aksi terakhir liga, JDT meledak sembilan gol – menewaskan Sabah dan Melaka United. Adakah jentera serangan JDT sudah tumpul? Atau mereka terlalu selesa dengan reputasi besar mereka terhadap Kuching FA?

Bercakap dalam sidang media, Benjamin Mora menepis kenyataan tersebut, “Kami menyerang menggunakan dua pemain sayap, satu pemain sayap, pemain sayap masuk ke dalam dan kami telah membuat pelbagai jenis serangan untuk memburu gol. Tetapi, kami tidak bertuah. Setiap kali kami gagal, Kuching FA jadi lebih kuat.”

“Saya tidak dapat ingat berapa peluang yang kita dapat, ianya terlalu banyak. Perkara paling penting dalam bola sepak adalah untuk menjaringkan gol kerana jika tidak, anda tidak akan menang,” tambahnya lagi mengenai aksi malam tadi.

Gol JDT telah dihasilkan oleh pemain muda, Arif Aiman yang berusia 18 tahun untuk membolehkan JDT dapat melangkah dengan tenang ke suku akhir untuk bertemu Kuala Lumpur yang mendapat bye pada pusingan pertama selepas Sabah tidak mendapat pelepasan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negeri.

“Kita telah menjaringkan banyak gol dalam baki saingan liga dan hari ini kita tidak dapat menjaringkan banyak gol. Inilah bola sepak, adakalanya ini akan berlaku. Apa yang paling penting adalah pasukan bermain, berlawan dan mencuba,” tambah Benjamin Mora lagi sambil menekankan yang ini bukan bermaksud JDT semakin lemah.

Mungkin ada cakap-cakap yang akan mengatakan Harimau Selatan saat ini kian terhakis taringnya apabila hampir semua barisan bintang utama pasukan turun beraksi kecuali di dua posisi iaitu penjaga gol yang meletakkan Izham Tarmizi Roslan dan juga penjaring termuda dalam sejarah JDT, Arif Aiman di jentera sayap.

“Kami bukanlah pasukan yang hebat. Ya, kami pasukan yang bagus tetapi kami juga ada pasang surutnya. Kuching FA adalah pasukan yang bagus. Ini juga akan berlaku ketika kami bertemu Kuala Lumpur nanti,” tambahnya lagi.

Benjamin Mora turut tidak percaya rehat yang panjang telah mengganggu rentak pasukannya. Katanya, “Tidak, tidak. Kita melalui tempoh rehat yang lebih lama ketika kuarantin [Perintah Kawalan Pergerakan] dan kami bermain dengan baik selepas itu. Ini cuma sebulan dan kami okay. Tiada perubahan diperlukan,” jelasnya.

Sebelum ini JDT dikatakan ‘bertuah’ apabila diundi bertemu lawan-lawan yang nyata ketara kekurangannya berbanding pasukan-pasukan lain yang lebih mampu memberikan tentangan sengit buat mereka. Kini, melihatkan prestasi Kuching FA malam tadi, sebenarnya, bak kata Benjamin Mora, JDT tiada tuah mana pun.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai JDT dan Piala Malaysia 2020:

Pemerhati Bebas: Undian Piala Malaysia Telus, Tuah Berpihak Kepada JDT

Piala Malaysia 2020: Pulau Pinang Gagah Mara Ke Suku Akhir

Piala Malaysia 2020: Kpah, Kipre Bawa Kedah ‘Terbang’ Ke Suku Akhir

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN