Stuart Wilkin Tunggu Panggilan Ong Kim Swee Untuk Sertai Skuad B-23 Malaysia

Seorang anak muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin menyatakan minat untuk menyarung jersi pasukan bawah 23 tahun Malaysia dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Sumber daripada agensi bola sepak tempatan (Football Agent Malaysia) memberitahu Wilkin yang kini menetap di Amerika Syarikat menyimpan hasrat untuk pulang beraksi mewakili pasukan kebangsaan Malaysia tetapi tidak akan menyertai mana-mana kelab Liga Malaysia.

“Pihak agensi baru sahaja menghubungi Stuart Wilkin yang dimana ketika ini sedang melanjutkan pelajaran dan beraksi untuk salah sebuah pasukan universitinya di Amerika Syarikat.

“Beliau menyatakan hasrat untuk menyarung jersi kebangsaan (B23) untuk permulaan sebelum mendapat panggilan bersama skuad kebangsaan nanti.

“Beliau juga mahukan membuat penampilan professional pertama di Cyprus, Bosnia, Serbia atau Sweden selepas tamat pengajian dan tidak mahu beraksi di Liga Malaysia sebelum umur mencecah 30 tahun,” kata kenyataan daripada agensi tersebut.

Wilkin yang berusia 20 tahun merupakan produk daripada akademi Southampton FC dan beliau kini beraksi dengan pasukan Missauri State Bears dalam saingan Liga Universiti Amerika Syarikat.

Ketika mewakili skuad muda Southampton FC, beliau membuat 20 penampilan dalam saingan Liga Remaja musim 2015/2016 dan satu penampilan dalam saingan Piala FA Remaja. Beraksi di posisi tengah dan berjaya menjaringkan 4 gol serta 12 assists pada musim tersebut.

Aksi Stuart Wilkin bersama pasukan Missouri State Bears di Amerika Syarikat.

Demi memenuhi cita-citanya untuk menyarung jersi pasukan negara, agensi tersebut cuba menghubungi Datuk Ong Kim Swee namun setakat ini mereka masih menunggu jawapan balas daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan nombor telefon Kim Swee.

“Agensi akan membantu dengan mengadakan pertemuan bersama Datuk Ong Kim Swee untuk memanggil beliau menyarung jersi negara dengan merancang beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa. Diharapkan beliau disenarai untuk bersama kem Malaysia bagi menghadapi AFF U-22 yang bermula pada Februari 2019 nanti,” katanya.

Bulan lepas, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan beberapa pemain muda yang beraksi cemerlang pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Ipoh, Perak akan dipanggil ke kem latihan pusat skuad bawah 22 negara.

Pemain ini bakal diuji dalam kejohanan Piala Newspaper di Vietnam pada bulan Disember ini bagi membentuk barisan yang mantap sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020 Mac depan.

Kim Swee juga turut mengesahkan beberapa tonggak utama seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak akan beraksi pada kejohanan jemputan di Vietnam itu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN