Pemain Barcelona pula Positif COVID-19 Menjelang UCL

Barcelona COVID-19

Seorang pemain Barcelona telah disahkan positif wabak COVID-19 selepas kembali melapor diri untuk menjalani sesi latihan berpasukan pra-musim, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab La Liga tersebut.

Hanya beberapa hari sebelum pertembungan dengan Bayern Munich untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), kelab Catalan itu memaklumkan pemain berkenaan sudah pun menjalani kuarantin atau pengasingan di rumahnya dan tidak mengalami sebarang gejala.

Mereka turut memaklumkan, pemain tersebut tidak melakukan sebarang sentuhan dengan mana-mana pemain yang akan membuat perjalanan ke Lisbon untuk kejohanan mini UCL yang melibatkan lapan pasukan terakhir.

Media Sepanyol sebelum ini melaporkan sembilan orang pemain berkenaan adalah pemain baharu dan mereka yang baru kembali daripada dipinjamkan ke kelab lain sebelum ini.

Kesemua mereka tidak bercampur dengan skuad utama dan diarahkan untuk menjalani ujian saringan pada Selasa dan salah seorang daripada mereka yang didapati positif.

“Selepas keputusan ujian saringan melibatkan sembilan pemain berkenaan, seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19. Pemain yang dijangkiti itu bagaimanapun tidk bergejala, berada dalam keadaan sihat dan sudah pun diarah untuk menjalani pengasingan di rumahnya.

“Pihak kelab telah pun memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan. Semua individu yang mempunyai rekod sentuhan dengan pemain tersebut sudah dikesan dan diarah untuk menjalani ujian saringan.

“Pemain berkenaan juga tidak melakukan sentuhan dengan pemain skuad utama yang akan membuat perjalanan ke Lisbon esok.”

Sembilan pemain yang menjalani ujian tersebut pada Selasa termasuk pemain muda baharu berusia 20 tahun, Francisco Trincao yang dibeli dengan harga £27 juta dari Braga.

Pemain lain adalah Matheus Fernandes, Jean-Clair Todibo, Moussa Wague, Carles Alena, Rafinha, Miranda dan Oriol Busquest, namun Barcelona tidak mendedahkan nama pemain yang didapati positif.

Skuad The Blagarana itu menewaskan Napoli di peringkat kalah mati UCL tempoh hari dan kini optimis dapat menumbangkan Bayern Munich walaupun prestasi pasukan agak goyah ketika penghujung saingan La Liga. Kali terakhir Barca menjuarai kejohanan Eropah tersebut adalah  pada 2015.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Leave a Reply