Albert Ferrer: Pemain Barcelona Perlu Untuk Berdikari

Albert Ferrer Lionel Messi

Bekas pertahanan Barcelona, Albert Ferrer mengakui bahawa kebergantungan terhadap bintang utama, Lionel Messi membuatkan The Blaugrana terlepas peluang untuk memenangi gelaran juara La Liga pada musim ini.

Barcelona gagal menggunakan kelebihan dua mata yang sebelum kancah liga di seluruh dunia dihentikan susulan wabak COVID-19 apabila mencatatkan tujuh kemenangan, tiga keputusan seri dan satu kekalahan setelah saingan kembali bersambung.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Real Madrid untuk dinobatkan selaku juara La Liga 2019/20 setelah Los Blancos menang 10 perlawanan berturut-turut dan aksi terakhir mereka pula berkesudahan dengan terikat 2-2 bertemu Leganes.

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, Ferrer yang menikmati lima kejuaraan La Liga bersama Barcelona sepanjang kariernya merasakan kelab gergasi Sepanyol itu perlu bebas dari ‘cengkaman’ Messi dan mencuba pendekatan baharu.

”Saya tidak terlalu risau dengan perasaan Messi, kami menjangkakannya kerana dia merupakan seorang pemenang,” ujar Ferrer menurut laporan Goal.

”Dia ingin bersaing untuk segalanya dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Saya merasakan dia akan berada di Barcelona sehingga dia bersara. Dia menyayangi Barcelona, pasukan ini, kelab ini.”

”Ini merupakan situasi yang unik. Tidak ada pasukan lain yang boleh mengatakan bahawa mereka bergantung kepada seseorang pemain.”

”Barcelona perlu berdikari daripada Leo Messi, tetapi dia masih yang terbaik, pada ketika anda memberikan bola kepadanya, dia boleh melakukan sesuatu.”

”Ia petunjuk yang bagus di mana Barcelona masih mempunyai Messi, tetapi pemain lain perlu untuk lebih beraksi, tidak semua perkara perlu untuk melaluinya [Messi]. Ia mungkin sukar untuk mengawasi Leo, tetapi kadang-kadang dia dirantai, jadi anda memerlukan cara lain.”

”Barcelona memerlukan pemain lain yang sangat penting dan melakukan sesuatu perbezaan untuk membantu dia. Tetapi mereka mempunyai beberapa pilihan yang baik seperti Ansu Fati pada ketika ini,” tambah Albert Ferrer lagi.

Kredit Featured Image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN