Messi: Penyokong Barcelona Sudah Hilang Sabar Dengan Kami

Barcelona

Selepas terlepas gelaran La Liga kepada musuh tradisi, Real Madrid maka kini bahaya menanti Barcelona untuk mengelakkan diri mereka daripada menamatkan musim tanpa sebarang piala.

Dengan terlepasnya liga, mereka juga telah melepaskan peluang untuk merangkul gelaran kejuaraan domestik Sepanyol menerusi Copa Del Rey.

Ianya akan dimainkan oleh Real Sociedad dengan Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir kejohanan itu.

Kini apa yang tinggal adalah kejuaraan UEFA Champions League (UCL) yang akan dimainkan di Portugal secara kejohanan mini untuk direbutkan oleh mereka.

Namun begitu, imereka perlu melepasi cabaran Napoli yang sememangnya sukar terutamanya selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pertama sebelum ianya ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Pemain utama kelab, Lionel Messi mengatakan yang kini penyokong Barcelona jelas tiada kesabaran lagi buat skuad itu kerana mereka belum menghadiahkan apa-apa kejuaraan lagi.

Beliau mengatakan, dengan situasi semasa melanda kem mereka maka amat perlu jika perubahan dilakukan.

“Jika kita mahu bersaing dalam saingan UCL, banyak perkara yang perlu diubah. Jika tidak, kami akan tewas di tangan Napoli.”

Prestasi mereka dalam saingan UCL kebelakangan ini memang menjadi kecaman penyokong mereka. Dua kali mereka tersingkir dengan cara yang memalukan kelab.

“AS Roma, Liverpool, penyokong sudah hilang sabar kerana kami tidak memberikan mereka apa-apa.”

Semalam Barcelona tumbang 2-1 ditangan Osasuna yang menambah lagi kemanisan Real Madrid memperoleh kejuaraan La Liga.

Baca juga artikel kami mengenai Blaugrana:

Leave a Reply