Marcus Rashford: Sukar Untuk Menjangkakan Tentang VAR

VAR

Sejak pengenalan Video Assistant Referee (VAR) dalam kejohanan bola sepak di seluruh dunia, terdapat banyak pertikaian berhubung impak teknologi yang diharapkan dapat membantu pengadil dalam membuat keputusan itu.

Yang terbaharu, Manchester United dikatakan mendapat kelebihan selepas jaringan penyamaan dihasilkan penyerang Crystal Palace, Jordan Ayew pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi dinafikan inovasi baharu dalam bola sepak tersebut.

Jika dilihat dari mata kasar, Ayew sememangnya tidak berada dalam keadaan ofsaid tetapi rujukan VAR dibuat menyaksikan hujung kaki pemain skuad kebangsaan Ghana itu sedikit melepasi perangkap ofsaid.

Sehubungan dengan itu, Rashford beranggapan penggunaan VAR adalah satu perkara yang sukar untuk dijangkakan oleh semua pihak.

”Dengan VAR, anda tidak tahu apa yang akan terjadi. Ia kadang-kadang akan menjadi perkara yang amat sukar buat kedua-dua pasukan.’

”Setiap perlawanan buat kami pada ketika ini adalah perlawanan yang besar, kami banyak menjaringkan gol sebelum bertemu Southampton dan pada dua aksi terakhir, ia merupakan perlawanan yang sukar.”

”Kami perlu untuk meningkatkan lagi kerja keras untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini [bertemu Crystal Palace].”

”Saya cuba untuk menjadi seorang yang bijak dalam kawasan penalti. Kami telah mempertingkatkan corak permainan kami. Pada permulaannya perlawanan sangat sukar.”

”Anthony Martial melakukan tugasan dengan cukup baik dan membuatkan dirinya untuk bebas menerima bola. Ia sesuatu yang bagus apabila penyerang anda mampu menjaringkan gol.”

”Kami harus memenangi setiap perlawanan, itu adalah matlamat kami untuk beberapa minggu ini tetapi hari ini amat bagus untuk kami kembali fokus,” ujar Rashford menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Marcus Rashford:

Leave a Reply