Giggs Mahu Manchester United Beli Lebih Ramai Pemain

Manchester United EPL

Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs mengatakan yang kelabnya itu memerlukan lebih ramai pemain untuk boleh bersaing dengan pasukan lawan di Premier League.

Menurut laman Goal, pengurus pasukan kebangsaan Wales itu berkata yang bekas kelabnya itu memerlukan sekurang-kuranngnya tiga lagi pemain untuk terus bersaing dengan Liverpool dan Manchester City.

“Saya rasa United masih lagi di belakang Liverpool atau Manchester City untuk dua tiga pemain lagi.”

“Ianya bukan sahaja untuk mendapatkan pemain tetapi untuk mendapatkan budaya dan karektor yang bukan sahaja membaiki mutu kesebelasan utama tetapi skuad serta suasana di dalam kelab.”

Kata Giggs, United kini mempunyai pemain seperti Bruno Fernandes yang dianggap sebagai ketua dan Harry Maguire yang kini menjadi kapten pasukan.

Giggs turut percaya yang United kini sedang menuju ke arah yang betul tetapi masih memerlukan beberapa pemain untuk pastikan mereka terus berjaya.

Mana tidaknya, mereka kini sudah memasuki 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan selepas menumbangkan Crystal Palace di Selhurst Park.

Kini mereka punya misi yang jelas iaitu mahu mendapatkan tempat ke UEFA Champions League musim hadapan.

United kini berada di tangga kelima dengan tempat mereka di dalam kedudukan empat terbaik boleh didapati sekiranya Liverpool menewaskan Chelsea dalam perlawanan seterusnya.

Sementara itu United akan menentang West Ham United dalam perlawanan liga yang seterusnya.

Baca juga artikel kami mengenai The Red Devils:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN