Gennaro Gattuso: Saya Hanya Boleh Kawal Messi Dalam Mimpi

Gennaro Gattuso

Pengurus SS Napoli, Gennaro Gattuso sedar kualiti hebat yang dimiliki Barcelona bakal memberikan kesukaran buat anak buahnya pada aksi timbal balik peringkat 16 Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 di Nou Camp, Ahad depan.

Aksi pertama di San Paolo menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas Dries Mertens membuka tirai jaringan di separuh masa pertama sebelum Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada minit ke-57 sekaligus memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan buat The Blaugrana.

Andai kita mengulas tentang Barcelona, sudah tentu kelibat Lionel Messi bakal menjadi tumpuan utama dan perkara itu turut tidak terlepas daripada pemikiran Gattuso.

Dengan nada berseloroh, pengendali berusia 42 tahun mengakui Messi sememangnya pemain yang begitu sukar untuk diawasi mana-mana pemain, termasuklah dirinya sendiri.

Selain itu beliau turut menegaskan Barcelona adalah sebuah pasukan berbeza berbanding Lazio yang berjaya ditumbangkan anak buahnya pada aksi Serie A, awal pagi tadi.

”Saya hanya boleh mengawasi Messi dalam mimpi sahaja,” ujar Gattuso menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Atau jika saya menetapkan Napoli bertemu Barcelona di permainan konsol PlayStation anak lelaki saya, cuba untuk mengejarnya ketika saya bermain bersama Milan dengan kurang 10 hingga 15 kilogram berat berbanding hari ini.”

”Saya merasakan mereka [Lazio dan Barcelona] merupakan pasukan yang berbeza dengan dua gaya berlainan.”

”Lazio merupakan pasukan dengan campuran teknikal dan fizikal. Barcelona pula adalah berkaitan kualiti. Saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang berbeza. Kami tidak perlu untuk berfikir sama ada kami boleh menjaringkan gol atau tidak.”

”Kami perlu bermain sebagai satu pasukan, yakin bahawa kami akan mempunyai peluang. Fikiran kami harus memang untuk menunjukkan kualiti yang kami miliki,” tambah Gattuso lagi.

Kredit featured image: Matteo Ciambelli/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gennaro Gattuso:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN