Mikel Arteta: Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Ozil Untuk Beraksi

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pemain tengah, Mesut Ozil akan kembali ke skuad utama sekiranya beliau membuktikan dirinya mahu mempamerkan persembahan di tahap tertinggi.

Ozil yang kini berusia 31 tahun diketepikan daripada skuad Arsenal ketika berkunjung ke Etihad Stadium awal pagi kelmarin dan Arteta mendedahkan keputusan itu adalah berkait rapat dengan ‘isu taktikal’.

Dalam perkembangan sama, pengendali kelahiran Sepanyol itu juga menuntut sesuatu yang lebih daripada Ozil ketika sesi latihan pasukan.

”Saya sangat terbuka dengan Mesut [Ozil] sejak dari hari pertama,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sejak saya menyertai pasukan, saya beranggapan bahawa dia cergas dan bersedia serta dia mahu tampil di tahap yang dia mampu lakukan.”

”Ketika saya melihat dia sudah bersedia untuk melakukannya, saya akan melayannya seperti pemain-pemain yang lain.”

”Saya merasakan saya lebih adil dengan dirinya dan berfikir dia telah memberikan tindak balas dalam banyak perlawanan seperti yang saya mahukan. Itu sahaja.”

”Ada banyak perkara yang berlaku kepadanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan saya perlu menghormati masa untuk setiap pemain. Kadangkala mereka memerlukan sedikit masa.”

”Ia merupakan persiapan yang sukar pada dua bulan terakhir untuk mempersiapkan pemain dan sekali lagi, saya akan menjadi yang pertama mahu melihat Mesut melakukan yang terbaik.”

”Saya akan memberikannya peluang apabila saya merasakan dia boleh memberikan persembahannya yang terbaik,” tambah Mikel Arteta lagi.

Sejak bersama The Gunners pada musim 2013/14, Mesut Ozil telah membuat 254 penampilan dan turut berjaya menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan yang disertai kelab dari London itu.

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN