Paul Scholes Gesa Man United Dapatkan Pemain Tersisih, Mesut Ozil

Paul Scholes percaya Mesut Ozil akan menjadi tambahan yang sangat baik kepada pasukan Man United.

Situasi semasa di Arsenal, Mesut Ozil tidak mendapat tempat di dalam pasukan Arsenal. Ozil kehilangan tempat kepada Dani Ceballos dan kemudian kerap tak mampu untuk menjadi pemain gantian sekalipun.

Lantas Paul Scholes yakin Man United boleh memujuk Ozil menyertai mereka dengan menawarkan minit perlawanan untuk pemain Jerman itu.

Lagipun, Man United hilang sumber kreativiti di tengah. Scholes memberikan contoh, ketika aksi menentang Partizan sebagai yang paling jelas.

United menang 1-0 dalam aksi tersebut, namun Scholes langsung tak gembira dengan prestasi Man United di atas padang. Mereka hanya mencatatkan 1 percubaan tepat – iaitu menerusi penalti Martial.

Scholes mahukan United untuk bermain lebih baik dan ofensif.

Bercakap kepada BT Sports selepas aksi United dan Partizan, Scholes berkata: “Saya langsung tak faham tentang situasi Ozil di Arsenal. Saya yakin beliau adalah pemain yang boleh menghubungkan semua pemain di dalam padang.”

“Ozil ada segala kualiti yang hebat. Beliau sudah membuktikannya sepanjang kariernya. Dan Ozil boleh menjadi jawapn terbaik kepada United untuk jangka pendek, mungkin. Segalanya terserah di tangan beliau”

“Saya tak nampak perkara ini akan berlaku, tetapi saya nak katakan bahawa Ozil adalah pemain yang paling tepat untuk bermain dengan Man United pada ketika ini.”

Leave a Reply