Mesut Ozil Kritik Negara Islam Diamkan Diri Isu Etnik Uighur

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil secara terbuka memberikan sokongan kepada etnik Uighur yang ditindas di Xinjiang, China sambil mengkritik negara-negara Islam yang berdiam diri berkenaan isu tersebut.

“Al Quran telah dibakar…masjid diarah untuk tutup…sekolah Muslim tidak dibenarkan beroperasi…guru agama telah dibunuh seorang demi seorang…dan ramai muslimin telah dihantar ke ke,” tulis Ozil di dalam Bahasa Turki di akaun Twitter peribadi beliau.

“Dunia Islam sekadar menyepi. Tiada kedengaran suara mereka,” tambah beliau dalam ciapan tersebut.

China sebelum ini dikritik masyarakat antarabangsa selepas membina sebuah kem penempatan untuk etnik Ughur di Xinjiang.

Pakar dan aktivis PBB berkata, kem itu menahan kira-kira sejuta Uighur yang bercakap bahasa Turki dan penduduk Islam lain. China menafikan tuduhan layanan buruk dan menganggap kritikan dalam majlis PBB itu adalah campur tangan terhadap kedaulatannya.

Britain adalah satu-satunya negara menyertai Turki dalam membangkitkan isu itu di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pad Februari tahun ini.

China pula menafikan salah laku mereka di dalam isu ini sambil menegaskan kem itu adalah kemudahan pendidikan semula dan latihan yang berjaya menghentikan serangan pengganas yang sebelum ini dipersalahkan ke atas militan dan pemisah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Arsenal mengambil langkah tidak campur tangan akan kenyataan Ozil dan menganggap ia sebagai pandangan peribadi pemain tersebut

“Kandungan kenyataan oleh Ozil adalah pandangan peribadi beliau. Sebagai sebuah kelab bola sepak, ia sentiasa menjadi pendirian kami untuk tidak terlibat dengan politik,” ujar kenyataan tersebut.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U