Mahu Beraksi Kerap, Tapi Joe Hart Pilih Sertai Tottenham Hotspur

Joe Hart Tottenham Hotspur

Selepas meninggalkan Burnley pada penghujung musim 2019/20, bekas penjaga gol England, Joe Hart akhirnya menerima lamaran Tottenham Hotspur dan akan menyertai kelab utara London tersebut secara percuma.

Media England melaporkan Hart akan mengikat kontrak bersama Spurs sebaik sahaja selesai menjalani pemeriksaan perubatan.

Keputusan Hart untuk bersama Tottenham telah menimbulkan persoalan kerana sebelum ini beliau pernah memberi bayangan lebih rela berhijrah ke luar England dan menyertai pasukan yang mampu memberikannya peluang untuk beraksi secara lebih kerap.

Jika prestasi semasa Paulo Gazzaniga dan Hugo Lloris diambil kira, kemungkinan besar beliau hanya akan menjadi penjaga gol ketiga di kelab berkenaan.

Musim lepas, pemain berusia 33 tahun itu cuma membuat tiga penampilan sahaja dalam semua pertandingan untuk The Clarets dan menjadi ejen bebas sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim.

Hart menjadi pemain baharu kedua yang ditandatangani Jose Mourinho dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas Pierre-Emile Hojberg yang menyertai pasukan dari Southampton dengan nilai perpindahan kira-kira £15 juta pada minggu lepas.

Ketika zaman kegemilangannya, Hart merupakan penjaga gol nombor satu England dan telah mengumpul 75 kaps di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala Liga dan satu Piala FA ketika bersama Manchester City.

Beliau kemudian mula diketepikan apabila  Pep Guardiola mula mengambil alih pasukan pada 2016 dan telah dipinjamkan ke Torino dan West Ham United sebelum dijual ke Burnley pada 2018.

Namun dua musim di Turf Moor, beliau tetap sekadar menjadi penjaga gol kedua di belakang Tom Heaton pada tahun pertama dan kemudian diketepikan Nick Pope pula pada untuk tahun kedua.

Dalam perkembangan lain, Jan Vertonghen telah sah melengkapkan perpindahan ke Benfica secara percuma sementara Troy Parrott dan Timothy Eyoma pula telah dipinjamkan ke kelab lain. Seorang lagi pemain muda Spurs, Armando Shashoua akan berpindah ke kelab Sepanyol, Atletico Baleares.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN