Ben Chilwell Bakal Minta ‘Transfer Request’, Chelsea Makin Tersenyum

ben chilwell chelsea leicester city

Menurut laporan Mirror, bek kiri Leicester City, Ben Chilwell dijangka akan membuat permohonan perpindahan kepada kelabnya dan Chelsea kini semakin berkelebihan.

Chelsea sudah lama memantau dan cuba memikat Ben Chilwell ke Stamford Bridge walaupun The Foxes dan pengendalinya, Brendan Rodgers dikhabarkan tidak pernah risau akan khabar angin perpindahan pemain skuad kebangsaan England itu.

Cuba tandingi nilai Harry Maguire

Dikatakan Leicester mungkin mahukan nilai perpindahan yang tinggi buat bek kiri tersebut namun, mungkin terpaksa merendahkan tanda harga tersebut sekiranya Ben Chilwell sudah menyerah dan tidak mahu bermain untuk mereka lagi musim depan.

Chelsea sudah tentu mahukan harga yang lebih murah dan berpatutan di saat Leicester City dilihat cuba untuk menandingi nilai perpindahan Harry Maguire ke Manchester United pada musim 2019 lalu – dengan harga £80 juta.

The Blues pula dilihat masih bernafsu memburu pemain-pemain berkualiti untuk memperkukuhkan pasukan bagai tidak terkesan dek Covid-19 ini dan dijangkakan mungkin Ben Chilwell bakal berpindah ke Chelsea dalam masa terdekat.

Adakah Chelsea akan berjaya mendapatkan diskaun ke atas pertahanan berusia 23 tahun itu? Jika Ben Chilwell yang minta dilepaskan, ia sudah tentu akan berjaya.

Sebab Champion League?

Saingan Champions League bukanlah satu-satunya sebab untuk Ben Chilwell meminta untuk dilepaskan. Leicester juga masih ada di pentas Eropah walaupun cuma akan bersaing di Europa League. Jadi, apakah yang bermain di mindanya?

Pilihan utama di Chelsea? Sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa kerana The Blues masih memiliki beberapa pilihan pemain di bek kiri. Namun, dengan usia yang semakin meningkat, Cesar Azpilicueta dilihat mungkin sudah semakin perlahan.

Mereka juga memiliki Marcos Alonso yang semakin kurang menyinar dan Emerson yang telah tampil sebanyak 15 kali, Namun, benteng mereka masih rapuh apabila melepaskan 54 gol – terburuk di kalangan 10 pasukan terbaik di Premier League.

Begitupun, beliau dijangka akan mudah mengambil alih posisi tersebut. Selain saingan Champions League dan pilihan utama, beliau juga mensasarkan untuk menjadi pilihan Gareth Southgate untuk bersama skuad The Three Lions bagi saingan Euro 2021.

Penutup

Frank Lampard pastinya sudah boleh tersenyum riang saat ini. Perkhabaran Ben Chilwell akan minta untuk dilepaskan akan memberikan Chelsea peluang cerah.

Timor Werner dan Hakim Ziyech sudah berjaya dipancingnya ke Stamford Bridge. Kini, keutamaannya selain Kai Havertz adalah posisi pertahanan yang rapuh.

KREDIT FEATURED IMAGE: Joe Giddens/PA

Baca lagi artikel mengenai Ben Chilwell dan Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN