Lucas Neill Jadi Punca Mark Viduka Bersara Daripada Skuad Socceroos

Mark Viduka Lucas Neill Piala Dunia 2006

Bekas kapten Australia, Mark Viduka mendedahkan rakan sepasukannya, Lucas Neill merupakan punca beliau bersara daripada skuad kebangsaan selepas Piala Asia 2007, selain sikap generasi baharu bola sepak Socceroos yang mengecewakannya.

Prestasi memberangsangkan Australia dalam Piala Dunia 2006 apabila Mark Viduka berhasil memimpin skuad ‘hebat’ tersebut melangkah ke pusingan 16 terbaik, telah menimbulkan konflik baharu dalam skuad tersebut setahun kemudian.

Australia boleh dikatakan mengejutkan banyak pihak apabila melepasi peringkat kumpulan dengan berada di kedudukan kedua Kumpulan F, melangkah ke pusingan 16 terbaik bersama Brazil. Australia mengetepikan Croatia dan Jepun untuk layak.

Setahun kemudian di Piala Asia, Socceroos tersingkir di suku akhir kepada Jepun – yang mudah ditewaskan mereka 3-1 di peringkat kumpulan Piala Dunia, menerusi penentuan sepakan penalti, selepas mereka terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Tanpa berselindung, pemain yang kini berusia 44 tahun itu berkata, beliau merasakan yang pertahanan tengah tersebut telah cuba menggugatnya sebagai ketua pasukan selepas merajuk apabila tidak dilantik mengetuai kempen Australia di Piala Asia.

“Saya dapat rasakan Lucas Neill merajuk sepanjang kejohanan Piala Asia tersebut. [Dia merajuk] sepanjang persediaan sebelum kejohanan dan ketika kejohanan berlangsung, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada pemain-pemain lain.

“Saya rasa yang Lucas Neill tidak berada dalam keadaan terbaik selepas Graham Arnold [pengendali] telah menjanjikannya armband kapten – apabila tidak pasti samaada saya akan bersama ke Piala Asia atau tidak,” dedahnya kepada ESPN.

“Saya rasa Lucas Neill cuba menggugat saya sebagai kapten pasukan,” ujarnya lagi sambil menyatakan yang samaada pemain tersebut mahupun pengendalinya tidak berani untuk menjelaskan perkara tersebut kepadanya pada ketika itu.

Mark Viduka turut mengatakan yang pemain-pemain muda Socceroos sangat pentingkan diri sendiri menjadi punca prestasi buruk Australia dan menegaskan yang sikap mereka telah membuatkannya kecewa seterusnya memilih untuk bersara.

“Saya rasa, sesetengah pemain datang ke Piala Asia hanya memikirkan diri mereka sendiri dan bukanlah untuk bermain untuk negara,” jelas pemain yang pernah beraksi di English Premier League bersama Leeds, Middlesbrough dan Newcastle itu lagi.

“Dan itulah punca saya tidak lagi mahu bermain bersama skuad kebangsaan,” tegas Mark Viduka sambil berkata yang beliau tidak meminati generasi baharu bola sepak Australia yang menurutnya sangat berbeza dengan generasinya satu masa dahulu.

KREDIT FEATURED IMAGE: FAIRFAX MEDIA

Baca artikel lain kami mengenai Mark Viduka dan Australia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN