Ibu Pep Guardiola Meninggal Dunia Kerana Coronavirus

Pep Guardiola

Ibu kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah meninggal dunia selepas dijangkiti wabak coronavirus (COVID-19). Perkara itu diumumkan oleh City dalam akaun Twitter mereka.

“Seluruh warga Manchester City dengan rasa sedih ingin memaklumkan mengenai kematian ibu kepada Pep, Dolors Sala Cario di Manresa, Barcelona selepas disahkan dijangkiti coronavirus. Ibunya kini berusia 82 tahun.

“Semua pihak berkaitan kelab telah menyampaikan ucapan takziah dengan penuh tulus ikhlas serta berasa simpati di atas saat yang menyedihkan buat Pep, keluarga dan semua rakan-rakannya.”

Guardiola pada bulan lepas telah pun mendermakan €1 juta kepada pihak berkuasa untuk memerangi pandemik COVID-19 di Sepanyol.

Wang itu digunakan untuk membeli peralatan perubatan dan juga alat pelindung kepada pekerja barisan hadapan yang terlibat secara langsung untuk merawat pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Beliau juga ada mengeluarkan video kelab yang berkempen supaya semua penyokong duduk di rumah dan ikut saranan serta nasihat dari saintis, doktor perubatan dan juga jururawat.

Kes kematian di Sepanyol telah meningkat kepada 13,055 kes dan lebih 130,000 yang telah dijangkiti.

Leave a Reply